“Saya Sibuk Sangat Cari Rezeki Sampai Tak Ada Masa Awak Perlukan Saya” – Uzair Haqimy Kerja Keras Demi Elisya Sandha & Bunga Elhaq

Perkongsian suami kepada aktres Elisya Sandha iaitu Uzair Haqimy mencuri tumpuan di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Uzair berkongsi foto bersama Elisya ketika keluar makan malam bersama.

Dalam perkongsian manis itu, Uzair membuat ucapan manis buat isteri tercinta apabila menyatakan Elisya sentiasa bersamanya di saat susah dan senang biarpun sibuk mencari rezeki.

“Saya tahu beberapa tahun ini saya sibuk sangat cari rezeki sampai kadang-kadang saya tak ada, masa awak perlukan saya.

“Saya tahu sometimes i focus too much on money than life. And saya tahu awak sentiasa ada dengan saya masa susah saya dan saya tahu saya akan tetap ada dengan awak masa saya dah senang.

“Tapi sayang saya nak awak tahu, i sibuk sangat cari rezeki cari duit bukan untuk i. Tapi untuk you and @bungaelhaq dan family kita,” tulis Uzair.

Kongsi anak kepada selebriti terkenal, Sheila Rusly itu lagi, dia bekerja keras untuk isteri dan anaknya sekali gus mahu membahagiakan keluarganya.

“I tak mewah pun sayang walau macam mana pun rezeki yang masuk, tapi semua nya untuk family kita okay.

“Jadi maafkan i kalau i tak sempurna, i cuma nak sempurnakan apa yang tak sempurna untuk family kita,” tutupnya.

Ternyata perkongsian tersebut membuat ramai yang tersentuh malah mengagumi pasangan ini.

Untuk info, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy Azman melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq yang kini berusia 2 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sheila Rusly Dengan Menantu, Elisya Sandha Bertikam Lidah Gara-Gara…

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hati Elisya Sandha Remuk Lihat Bunga Elhaq Masuk Hospital – “Selalu Aktif Tapi Sekarang Dah Berapa Hari Lemah Je”

[VIDEO] Tak Ketuk & Buang Kulit Luar Serai, Sheila Rusli Komen Hantaran Instagram Elisya Sandha… Netizen Puji Handal Memasak Macam Ibu Mertua!

ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha Pindah Rumah Sendiri Selepas 10 Bulan Tinggal Bersama Mentua, Netizen Sedih Bunga Elhaq ‘Berpisah’ Dengan…

Khairil Khusyairi