Featured By: Salma Syahbuddin December 11, 2021 @ 2:53pm

“Saya Sudah ‘Mengalah’ Dengan….” – Amerul Affendi Tak Bergantung Harap Kepada Lakonan Sahaja

Pelakon berbakat besar, Amerul Affendi mengakui sudah ‘mengalah’ dengan industri seni tanah air apabila sebelum ini beliau pernah menyuarakan kekesalan berhubung isu ‘jumlah pengikut’ di laman sosial yang kini menjadi taruhan pihak stesen televisyen.

Menurut pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festivel Filem Malaysia Ke-27 ini, beliau terpaksa memikirkan cara lain untuk meneruskan kehidupan kerana sedar bahawa fasa kebergantungan kepada kerjaya lakonan sudah tidak lagi rasional.

“Memang saya agak terasa tentang isu jumlah pengikut dalam laman sosial. Saya terfikir apa guna saya belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), habiskan masa dan wang ringgit selama tiga tahun di sana?

“Tetapi bila habis belajar nak mahu bekerja dalam industri (sebagai pelakon), perkara yang dinilai adalah jumlah pengikut dalam laman sosial dan bukannya perkara yang saya timba sewaktu di Aswara,” katanya.

Beliau yang kini berkecimpung dalam bidang pertanian dan penternakan mengakui terpaksa akur demi mencari pendapatan utama disamping menjadikan kerjaya lakonan sebagai hobi.

“Saya tidaklah sampai tahap untuk berhenti terus dalam dunia lakonan kerana masih ada rasa ‘ketagih’ untuk berlakon.

“Sekarang saya berkecimpung dalam bidang pertanian dan penternakan. Keputusan itu dibuat kerana saya sudah mengalah dengan industri dan jadikan kerjaya lakonan sebagai hobi sampingan,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Perakam Sejarah (@amerul_affendi)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Jul 2021

“Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

Penyanyi dan usahawan Siti Sarah Raissuddin, 37, berkongsi khabar duka dia dan suami, pelawak Shuib, 37, serta anak-anak mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif Covid-19. Pelantun lagu

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Anuar Zain Jadikan Neelofa Contoh Terbaik

Lofa pantas dijadikan panduan bagi menangani netizen mulut bawang

Trending Tue, 16 Aug 2022

Abadikan Kisah Cinta Dalam Persembahan Konsert, Ernie & Syamel Akui Gementar

Pasangan penyanyi berbakat besar yang juga suami isteri, Ernie Zakrie dan Syamel bakal mengadakan konsert sulung pada 23 Oktober depan. Tidak dinafikan, Ernie dan Syamel turut dibelenggu perasaan gementar apabila konsert itu bakal menguji kehebatan

Featured Wed, 2 Feb 2022
Trending Thu, 17 Jan 2019

Betul ke yang dalam kelab itu juara Dewi Remaja? Baru saja menang dah buat hal!

Netizen gesa tarik gelaran juara jika Haneesya didapati terbabit di dalam pesta arak.

Featured Fri, 10 Apr 2020

Hasil bedah siasat temui COVID-19 pada permukaan badan mayat

Sahkan tatacara pengebumian pesakit COVID-19

Hiburan Mon, 12 Dec 2022
Trending Fri, 29 May 2020

| Live TV