Hiburan By: Padin December 1, 2022 @ 8:46pm

“Saya Tahu Orang Kecam Kayu” – Tak Rasa Diri Cantik, Ahirine Ahirudin Berlapang Dada Terima Kecaman

Bintang baharu, Ahirine Ahirudin berlapang dada menerima kecaman yang mengkritik kualiti lakonannya.

Mengambil segala respons dengan positif, Ahirine yang muncul dengan filem Remp-It 2 ini bakal menghadiri kelas lakonan selama setahun.

“Saya tahu orang kecam ‘kayu’. Saya sendiri rasa begitu. Segala kecaman atau kritikan yang datang, saya terima dengan hati yang terbuka. Saya sendiri mahu berusaha meningkatkan kualiti lakonan.

“Filem Remp-It 2 menjalani penggambaran pada 2019. Ia merupakan naskhah pertama lakonan saya sebelum Gadis Jolobu The Movie.

“Saya bakal menghadiri kelas lakonan selama setahun demi memantapkan kualiti lakonan. Selama setahun, saya akan hadiri pelbagai kelas dan belajar dengan beberapa guru untuk menimba ilmu lakonan,” katanya.

Ahirine ditemui di majlis tayangan perdana filem Remp-It 2, baru-baru ini.

Ketika ditanya adakah dirinya berada di dalam industri kerana bersandarkan wajah cantik, Ahirine mempunyai jawapan tersendiri.

“Sejujurnya, saya tak rasa saya cantik pun. Kadang-kadang saya rasa saya ni kasar macam ‘jantan’ kerana selalu melibatkan diri dalam perkara-perkara lasak.

“Pada awalnya, penglibatan saya dalam filem Remp-It 2 sebagai ‘body double’ untuk Nabila Huda. Namun, Nabila menarik diri selepas menjalani penggambaran untuk beberapa babak kerana kekangan jadual.

“Akhirnya, peluang untuk membawa watak Roy diberikan kepada saya dan saya terima sebagai satu peluang keemasan. Namun, saya terima segala pujian dan akan berusaha tingkatkan kualiti lakonan,” katanya.

Selain Ahirine, filem Remp-It 2 yang sedang hangat ditayangkan di pawagam ini menampilkan Farid Kamil, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Aug 2019
Events Tue, 5 Nov 2019

APink, K-Clique and More to Heat Up The Stage of LAZADA 11.11 Super Show This Year!

Countdown to the biggest one day sale with the Lazada 11.11 Super Show!

Featured Fri, 9 Sep 2022

Selepas Berkongsi Video Menari Bersama Anak, Isteri Lan Solo Tempelak Netizen – “Letihla, Yang Benci Boleh Unfollow!”

Letih la asyik benci sana sini.. Tak suka unfollow. Enjoy-enjoy je pun – Isteri Lan Solo

Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Sat, 9 Apr 2022

‘Sekuntum’ Kepada ‘Harirose’ – Sharifah Rose Tukar Jenama Elak Dituduh Penciplak

Nama jenama baru pun comel… Tahniah buat Sharifah Rose!

Featured Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Terima Kasih, Abang Nam Ron!

Saya akui sebagai pelakon baharu, agak susah untuk menjiwai sesebuah watak.

Hiburan Fri, 13 Oct 2023

Netizen Serang Instagram ND Lala Soal Perbalahan Keluarga, Respons Tuan Badan Seakan Tidak Peduli?

Hmm apa kata ND Lala? Semoga dipermudahkan segala urusan mereka