‘Saya Tak Boleh Bau Benda Wangi’- Elfira Loy Kongsi Pengalaman Hamil

Pelakon Elfira Loy mengaku tidak gemar dengan bau wangi sepanjang tempoh awal kehamilannya.

Elfira ketika ditemui di majlis pelancaran Rejoice Hijab Perfection di Mydin Subang Jaya memberitahu dia lebih selesa dengan bau-bauan semulajadi.

” Saya tidak boleh bau minyak wangi malah bau sabun basuh baju juga saya alah. Jadi buat sementara waktu, saya gunakan semburan minyak wangi berasaskan bau lemon segar. Shampoo untuk rambut juga saya menggunakan bau mint.

” Tetapi dalam bab mengidam makanan pula, saya belum terasa nak makan benda pelik-pelik,” katanya kepada XTRA.

Tambah Elfira, dia berdebar merasai pengalaman pertama berpuasa sebagai wanita hamil.

” Sebelum ini saya memang ada masalah gastrik cuma saya akan cuba berpuasa. Takkan saya nak ganti puasa sebulan pula kan? Masih terlalu awal untuk cakap sebab ini pertama kali berpuasa pada bulan Ramadan,” katanya yang akan sibuk bekerja mempromosikan beberapa produk hasil kolaborasi bersama.

Terdahulu, Elfira memaklumkan bakal berehat dari aktiviti lakonan sehingga selamat bersalin hujung tahun ini memandangkan ini adalah kehamilan pertamanya.

Elfira dan suami, Faris Khairol Anuar berkahwin pada 1 Januari lalu.

Oleh: SGMS Fas

SGMS Faida