Featured By: Maya Basir September 1, 2022 @ 4:31pm

“Saya Tak Mahu Layan Perkara Ini” – Shahir Jelas Dakwaan Isu Hutang

Menanti dengan penuh debaran sebelum bergelar suami Jumaat ini, penyanyi Shahir Zawawi tampil menjelaskan kontroversi hutang yang terpalit dengannya.

Memetik laporan Kosmo, Shahir atau nama sebenarnya, Ahmad Shahir Zawawi, 34, memberitahu tuntutan hutang tersebut tidak pernah dibangkitkan dan dibincangkan sebelum ini.

“Sejujurnya saya enggan melayan provokasi begini terutama ketika sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan, tambahan pula isu tersebut dikatakan berlaku ketika saya dalam program Akademi Fantasia (AF) Megastar lima tahun lalu.

“Saya menyertai program berkenaan menerusi jemputan stesen televisyen itu sendiri dan dia yang datang kepada saya. Itu pun hanya setakat minggu ketiga disebabkan hal yang tak perlu saya dedahkan.

“Jadi apabila individu itu kata saya berhutang, bagi saya terma yang digunakan itu sendiri sudah salah, sebaliknya berkaitan tuntutan terhadap urusan kerja yang tidak dibincangkan, diperincikan mahu pun diputuskan bersama.

“Alih-alih individu itu buat ‘claim’ sebanyak RM4,000,” katanya.

Tambah Shahir, tiada sebarang perkara yang dia sembunyikan apatah lagi cuba melarikan diri.

“Kalau betul saya berhutang sampai RM4,000 kenapa baru sekarang diuar-uarkan, bukan lima tahun dulu atau sewaktu saya meraih kemenangan dalam program stesen Al Hijrah tahun lalu?

“Selepas itu ada pula individu lain pula mendakwa kononnya saya juga mempunyai masalah dengan syarikat rakaman. Apa tujuan sebarkan cerita buruk sebegitu, tidakkah itu juga satu tuduhan?

“Sememangnya, kalau boleh saya tak mahu layan perkara sebegini sebab tak nampak di mana asasnya dan orang luar tak tahu situasi sebenar.

“Saya pula bukan jenis suka bercakap pasal orang. Lebih baik saya fokus kepada kerjaya dan persiapan urusan pernikahan serta resepsi yang tinggal sehari saja lagi,” luahnya.

Individu yang membuat komen tersebut merupakan pekerja industri hiburan dan mendakwa telah mengalami kerugian yang gagal dilunaskan penyanyi itu.

Kemudian, komen tersebut juga mendapat sokongan daripada individu lain yang mendakwa perkara yang sama turut terjadi kepada beberapa syarikat pengurusan artis lain.

“Bayar hutang dulu baru nikah. Aku yang hidup ni pun dia buat senyap sahaja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu,” komen individu berkenaan.

Sementara itu, Shahir berkongsi tentang pernikahan bersama Jaskin Jaludin pada 2 September ini dan kesibukkannya itu mengurangkan debaran untuk menanti hari bergelar suami.

“Memanglah ada rasa berdebar nak jadi suami, tetapi dalam beberapa hari ini saya sibuk menguruskan hal perkahwinan. Jadi kuranglah sikit perasaan takut itu. Lebih memikirkan soal persiapan majlis.

“Persiapan diri sendiri pun tidaklah 100 peratus kerana tugas sebagai suami ini adalah satu proses yang akan berjalan terus. Banyak yang akan saya tempuh dan belajar selepas berkahwin nanti,” ujarnya.

Sumber: Kosmo & mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 7 May 2018

Kantoi Sejumlah Dadah Sintetik, Pelakon Wanita Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Pelakon popular yang ditahan polis selepas ditemui dalam keadaan khayal berserta sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 dibebaskan dengan jaminan polis.

Featured Mon, 20 Apr 2020

Bindi ulangi sejarah manis ibu, bertemu teman hidup di zoo

Sarung gaun berusia 55 tahun pada hari bahagia

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Amira Othman Mahu Lelaki Tenang

Nadia Amira Othman,24,  ini dengan single terbaharunya ‘Mimpi Indah” diharap mengubati kerinduan peminat-peminatnya yang sudah lama menanti kemunculannya semula dalam arena seni suara.

Featured Wed, 29 Nov 2023

Bakal Tamatkan Zaman Janda, Ibu Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL & Tiko Aryawardhana

Beruntungnya BCL dapat ibu mentua macam ibu Ashraf❤️🌹

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Featured Tue, 6 Jul 2021

Cara Mohon Elaun RM600 Kepada Golongan Hilang Kerja Bukan Pencarum PERKESO, Graduan Baru

Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terutamanya golongan yang hilang pekerjaan, graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. […]

Featured Fri, 26 Jan 2024