Featured By: Salma Syahbuddin November 29, 2022 @ 12:00pm

“Saya Tak Nak Rush Sebab Semuanya Allah Dah Susun”- Aliff Aziz Buat ‘Comeback’, Tampil Dengan Single Terbaharu Yang Lebih Intimate

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengakui tahun 2023 adalah tahun ‘comeback’ untuk dirinya kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Menurut Aliff,  walaupun masih aktif dalam bidang lakonan namun dia lebih memilih untuk fokus terhadap sesuatu pekerjaan dalam satu-satu masa kerana tidak mahu apa yang bakal diberikan kepada peminat nanti hanyalah bersifat sub-standard.

“Aliff dah rehat lama dah, jadi sekarang Aliff dah tak sabar untuk kembali aktif semula, insya-Allah.

“I am not speaking on behalf of anybody, tapi untuk diri Alif sendiri. Ada orang ada capability tu, dia boleh buat beberapa kerja dalam satu masa. Macam Aliff  suka fokus kerana Aliff risau bila buat banyak-banyak kerja saya jadi tak boleh fokus. Nanti semua tu jadi sub standard untuk Aliff… jadi buat masa sekarang, Aliff fokus ini sahaja.

“Tapi, disamping terlibat dalam shooting saya juga akan fokus pada muzik, sebab dalam perancangan saya plan on Januari akan release memandangkan ramai yang tanya kenapa tak keluar lagu baru,” katanya.

Sementara itu, Aliff atau nama sebenarnya, Muhammd Aliff Aziz, 32 berkongsi, sejak beberap dekad yang lalu peminat sering disajikan dengan lagu-lagu stereotaipnya seperti Sayang Sayang namun kali ini single yang bakal dikeluarkan pada tahun hadapan lebih intimate kerana dia juga terlibat sebagai penulis bersama.

“Untuk Aliff for many years orang stereotypes saya dengan lagu Sayang -Sayang. Tapi bila masuk GV dia neutralised kan… So now Aliff nak keluarkan lagu sound yang saya sangat suka dan  yang dekat dengan hati Aliff insyaAllah, semoga berhasil.

“Saya akan buat single by single dulu. Sebab this is the first time yang saya co writing dengan writers sebab nak dibandingkan dulu 100 peratus saya nyanyi hasil karya dari penulis lain dan kali ni saya nak tahu directions saya dan sebab itu saya kena co write. Macam kita share idea, cerita, lirik dan ia lebih dekat dihati bila yang kita rakam itu adalah cerita kita.

“Lagipun, saya dah buat benda tu untuk 4 album saya yang lepas. So, now Aliff fokus terhadap co write supaya saya nak puas hati lah dari hasil tangan saya sendiri,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, Aliff berkata, dia tidak mahu tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu perkara termasuklah dalam penghasilan singlenya nanti kerana apa yang penting adalah kepuasan peminat dan dirinya sendiri apatah lagi dia percaya rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah.

“Semua dah planning tinggal nak execute. Walaupun saya seorang pelakon tapi pada masa yang sama saya  tak nak lupakan yang saya  ada juga tanggungjawab pada  bahagian nyanyian yang orang ramai tunggu buah tangan terbaharu. So, bagi Aliff… i am doing my best to get the best. Saya tak nak rush,  it’ s okay to release later sebab ultimately rezeki tu Allah yang susun.

“Kalau kita release awal pun tapi benda tu tak menjadi, jadi untuk saya as long i know, before release saya puas hati. Selebihnya kita tawakkal… saya rancang on 2023 comeback untuk Aliff dalam bidang nyanyian,” ujarnya.

 

Ketika ditanya sama ada dia lebih memilih untuk terlibat dalam bidang nyanyian atau lakonan, Aliff bagaimanapun menyifatkan kedua-duanya mempunyai kepuasan tersendiri dan sama sekali tidak bersikap bias.

“Seni adalah satu perkataan yang luas. tetater pun seni, berlakon seni dan sebagainya. Tapi untuk compare, kedua-duanya mempunayi satisfaction berbeza. Macam shooting ambil masa yang lama tapi bila nampak hasil dia satisfaction berbeza. So untuk saya kedua-duanya sama sebab saya suka kedua-duanya. I love both alhamdulillah.

“Started with music, now saya mendapat peluang menceburi bidang lakonan dan tanggungjawab saya untuk lakukan yang terbaik untuk kedua-duanya jadi tak ada istilah berat sebelah insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada sesi penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang akan disiarkan di slot Akasia, TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 May 2020
Hiburan Mon, 14 May 2018

Jadikan Bruno Mars Sebagai Idola, Syamel Ubah Haluan?

Syamel membuat keputusan tersebut selepas mendapat inspirasi dan timbulnya rasa kagum terhadap penyanyi antarabangsa  yang juga merupakan idolanya, Bruno Mars ketika menyaksikan konsert penyanyi itu di Axiata Arena pada 9 Mei lalu

Featured Thu, 10 May 2018

Serangga Masuk Ke Dalam Telinga Anak Anda? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Ini boleh menyebabkan anak anda berasa takut, tak selesa atau sakit jika dibiarkan.

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Abam Dah Jadi Ayah…Tahniah!

Alhamdulillah…Tahniah Abam & Hidayah!

Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Tue, 3 Jan 2023

[VIDEO] “Siapa Suruh Tengok Bola.. Fokus Dekat Keeper Pula Tu” – Eyra Hazali ‘Throwback’ Gambar Kahwin Dengan Suami

Comel je family ni! Siapa sangka semuanya bermula daripada post dkt IG story je hihi

Featured Thu, 12 Jan 2023
Featured Wed, 11 Sep 2019

Panduan minum kopi dengan betul

Hidup cergas dan sihat dengan secawan kopi