“Saya Tak Okay Tapi…” – Bawa Diri Ke Luar Negara, Nelydia Senrose Bagi ‘Hint’ Sedang Patah Hati?

Pelakon cantik, Nelydia Senrose memuat naik beberapa hantaran yang memperlihatkan dirinya dalam sebuah kapal terbang namun tidak berkongsi destinasinya.

Namun begitu, Nelydia seakan memberi gambaran bahawa hatinya kini sedang hancur menerusi kapsyen yang ditulis.

Katanya, dia sedang memulihkan hati yang tengah hancur.

“Mending the pieces of my broken heart,” tulisnya.

Malah, menerusi hantaran lain, Nelydia menyatakan bahawa dirinya tidak okay.

“I’m not okay but its okay,” luahnya lagi.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Nelydia membawa diri ke London yang ditemani oleh adik lelakinya.

Walaubagaimanapun, luahannya itu tidak dijelaskan secara terperinci dan menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet.

Sekadar info, Nelydia telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi pada April 2019.

 

Atiqah Johari