“Saya Takut Sebab…” – Ada ‘Trust Issue’ Untuk Ambil Pengurus, Siti Khadijah Lebih Selesa Urus Kerjaya Sendiri

Pelakon jelita, Siti Khadijah Halim mengakui mempunyai isu kepercayaan dengan memberi pengurus untuk mengurus kerjayanya malah lebih selesa untuk lakukannya sendiri.

Namun begitu, Siti mengetahui bahawa dengan adanya pengurus juga dapat membantu menaikkan namanya dalam industri tetapi masih dengan pendiriannya.

Memetik laporan mStar, Siti memaklumkan bahawa lebih mudah untuk mencari tawaran sendiri kerana dia memiliki masalah untuk mempercayai individu lain.

“Kalau ada pengurus mungkin peluang saya untuk naik lebih cepat sebab ada saja tawaran menarik dari jenama besar, tapi mungkin tak ada orang nak jual saya kot.

“Trust issue tu sebab saya rasa kalau saya uruskan sendiri pun saya boleh pergi, apatah lagi berdua.

“Cuma saya takut banyak isu berkaitan penipuan, duit. Saya takut sebab kita bekerja keras. Dah lama saya menabung sudah tentu saya susah untuk percaya pada orang,” jelasnya kepada mStar,

Kongsi Siti, dia pernah berada di bawah pengurusan penerbit Datuk A. Aida selama dua tahun kemudian bergerak sendiri sepanjang enam tahun penglibatannya dalam industri seni.

“Tambah tolak saya dalam industri ini lebih kurang enam tahun. Dua tahun saya dibawah pengurusan penerbit Datuk A. Aida dan selepas itu memang saya bergerak sendiri.

“Nak jadi pengurus atau pembantu peribadi (PA) saya, dalam kalangan kawan-kawan pun saya susah untuk memilih.

“Saya cuma ada PA, iaitu kawan-kawan yang saya pernah bekerjasama sebelum ini. Tengah mencari jugalah,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Atiqah Johari