Siapa yang tidak kenal dengan Kilafairy yang di label sebagai simbol seks dan antara artis wanita paling seksi di Malaysia. Namun, bila bercakap soal jodoh Kila tidak akan menolak sekiranya jodohnya itu sampai cepat. Kila juga mendedahkan ibunya yang juga penyanyi tahun 80-an, Rohana Jalil tidak pernah bertanyakan mengenai soal jodoh kepadanya.
“Ibu saya tidak pernah menyoal saya mengenai jodoh atau teman lelaki. Dia pernah katakan, kalau boleh dia mahu saya bekerja dahulu dan berkahwin pada usia 30 tahun.
“Lain pula dengan ayah saya, dia ada bertanya mengenai soal peribadi, adakah hati saya sudah dimiliki dan sebagainya. Sejujurnya, kini saya masih solo dan selesa berkawan dengan semua orang.
“Saya tidak pernah menolak jodoh. Kalau ditakdirkan saya kahwin awal kerana jodoh datang cepat, saya akan umumkan berita bahagia itu kelak”
Namun, apa yang penting bagi Kilafairy sekarang ini ialah, fokus terhadap kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi. Memandangkan single terbaru Kila berjudul “Put The World In” bakal muncul pada 12 Januari 2018.
“Ketika masih solo ini saya mengambil peluang untuk bekerja dan mencari rezeki dengan gigih. Kini, saya mahu memberikan fokus kepada single saya yang berjudul Put The Word In, kolaborasi bersama Sean Kingston.
Kilafairy juga berharap agar single nya ini mendapat tempat dihati peminat muzik tempatan.