Hiburan By: Nurul Hana April 13, 2023 @ 3:21pm

“Saya Tidak Mahu Dikenali..” – Hariz Hamdan Lari Dari Watak ‘Megah Holding’, Sahut Cabaran Anak Kampung

Pelakon muda yang sedang meningkat naik, Hariz Hamdan sedia menerima kritikan penonton apabila dia mencabar diri untuk lari daripada membawa watak anak orang kaya.

Menurut Hariz, selepas tiga tahun bergelar pelakon dengan drama-drama ‘Megah Holding’, dia enggan dilabel sebagai pelakon stereotaip.

“Saya masih muda dan perjalanan karier saya masih panjang. Saya tidak mahu dikenali dengan satu watak sahaja.

“Justeru, tahun ini memang saya mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa dengan mencuba pelbagai watak berbeza. Jika dikritik, saya menerima dengan yang terbuka.

“Kritikan adalah perkara yang baik jika dilihat daripada sudut positif, ini bermakna ada orang menonton drama lakonan saya,” ujar Hariz.

Biarpun masih baru dalam dunia seni, Haris bersyukur apabila karyanya mendapat kepercayaan banyak pihak.

Finalis pertanding Here Remaja 2020 itu sempat berkongsi pengalamannya berganding bersama pelakon-pelakon hebat seperti Ellie Suriaty, Nabila Huda, A. Galak dan Puteri Aisyah dalam drama Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa.

“Drama ini agak berat dan amat meruntun hati. Dalam cerita ini saya berlakon sebagai adik angkat kepada Nabila Huda. Bekerja dengan mereka yang kita tahu sangat hebat dalam lakonan memberi ruang untuk saya belajar.

“Apatah lagi Ellie Suriaty adalah guru lakonan saya, jadi set penggambaran drama ini ibarat bilik darjah untuk saya,” luah Hariz.

Hariz juga kongsikan pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang bawa watak di luat keselesaannya.

“Pertama kali saya membawa watak orang kampung adalah dalam drama terbaharu. Lokasi penggambaran di sebuah rumah kampung. Ketika itu, saya langsung tidak bersedia sebarang ubatan atau krim anti nyamuk atau serangga.

“Tidak sampai 24 jam di lokasi penggambaran tangan saya penuh dengan bintik-bintik merah yang cukup gatal. Rupanya saya mempunyai kulit yang sensitif.

“Nasib baik, nyamuk tidak gigit bahagian wajah, jika tidak susah juga untuk tutup dengan solekan kerana agak besar. Saya terpaksa mendapatkan rawatan di klinik dan tanda-tanda kemerahan itu mengambil masa sebulan juga untuk hilang,” katanya lagi.

Hariz banyak belajar dari kesilapannya dengan sentiasa bersiap sedia sebelum memasuki set penggambaran terutama di kawasan hutan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Feb 2018

女神卡卡病情恶化!取消最后10场巡演

女神卡卡(Lady Gaga)因为纤维肌痛症2017年9月无预警宣布暂退歌坛,巡演也都喊卡,希望可以把身体调养到健康的状态,没想到近来她的病情不仅没有好转,而且还恶化了,3日宣布取消欧洲的最后10场巡演,让粉丝都非常担心她的健康状况。

Hiburan Fri, 3 Nov 2023
Hiburan Mon, 17 Feb 2020
Featured Fri, 3 Jun 2022
Trending Thu, 29 Oct 2020
Hiburan Sat, 2 Mar 2024
Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Tidak Terikut Gaya Penyanyi Asal, De Fam Tampil Gaya Tersendiri

Persembahan De Fam menggantikan Altimet menerusi lagu Bunga wajar dipuji. Tidak nampak langsung cuba meniru gaya penyanyi asal, Altimet. Lebih-lebih lagi part tarian Azira, Cik Manggis dan Sophea yang berjaya membuatkan Bunga lebih ‘berwarna’. Penggunaan […]