Hiburan By: SGMS Faida October 8, 2019 @ 1:01pm

‘Saya Tinggalkan Dia Kerana…’- Natasha Hudson Cerai Kali Keempat

“Saya perlu menyelamatkan diri daripada kesengsaraan,” kata pelakon Natasha Hudson yang mengaku sudah bercerai buat kali keempat.

Tambahnya, perkahwinan yang dibina pada Disember tahun lalu disifatkan hanya sebagai indah khabar dari rupa sahaja.

“Saya tinggalkan dia kerana saya perlu menyelamatkan diri dari terus sengsara. Perkahwinan ini dipenuhi dengan penipuan.

“Mungkin saya jenis tak nak cerita semua kisah silam perkahwinan terdahulu tetapi ini adalah pengalaman paling teruk,” kata Natasha kepada portal mStar.

Sementara itu, Natasha memaklumkan ingin fokus kepada diri sendiri buat masa ini demi kehidupan yang lebih baik di masa akan datang.

Natasha berkahwin dengan Noor Nashriq Sekanor bernikah pada 7 Disember lalu.

Sebelum itu Natasha atau Natasha Liana Hudson menikahi Carleed Khaza atau Khalid Kamal pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Perkahwinan pertama Natasha ialah pada 2006 dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih yang hanya bertahan selama empat bulan.

Selepas bercerai dengan Mohd Faiz, aktres popular itu berkahwin dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.

Menerusi perkahwinan yang hanya bertahan selama dua tahun itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Dec 2023
Featured Mon, 8 Aug 2022

Dakwa Filem Gadis Jolobu The Movie Karya ‘Infinity Sh*t’, Penerbit Bakal Saman YouTuber

Uishh, paling teruk YouTuber ni rate filem Gadis Jolobu 😣🔥 Apa pendapat korang?

Hiburan Sun, 1 Sep 2019

“Malaysia Bersih” Tema Yang Tepat – Fazura

Sememangnya Fazura disenangi ramai kerana memiliki sikap yang positif, siapa setuju?

Featured Fri, 10 Mar 2023
Hiburan Thu, 26 Sep 2019