Featured By: Salma Syahbuddin June 21, 2024 @ 12:32pm

“Saya Yakin Nora Dan Nedim Sudah Fikir Yang Terbaik Untuk Keluarga Mereka”- Fasha Sandha

Pelakon popular, Fasha Sandha percaya bahawa perceraian yang berlaku antara pelakon jelita, Nora Danish dan Nedim Nazri adalah yang terbaik untuk keluarga mereka.

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama penuh, Nur Fasha Sandha Hassan, 40, enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut, namun sebagai ahli keluarga, dia yakin Nora akan terus kuat dan tabah demi anak-anaknya.

“Maaf, saya tak boleh nak komen panjang, apa yang saya boleh katakan di sini, sebagai keluarga (kerana anak-anak kami adik-beradik kandung daripada ayah yang sama) saya yakin Nora dan Nedim sudah fikir yang terbaik untuk keluarga mereka.

“Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka sekeluarga dan saya yakin ramai turut mendoakan yang terbaik buat Nora,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, pada 19 Jun lalu, selepas mendirikan rumah tangga selama lebih tujuh tahun, pasangan, Nora Danish, 42, dan Nedim Nazri, 41, akhirnya bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada jam 8.34 malam.

Dalam pada itu, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan mereka sekaligus mengharapkan agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat kedua belah pihak.

Untuk info, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tiada Yang Berubah Cuma Dia Bukan Milikku”- Nedim Nazri

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Punca Perkahwinan 7 Tahun Terlerai – “6 Bulan Kami Duduk Berasingan… Cuba Selamatkan Tapi Tak Berhasil”

ARTIKEL BERKAITAN:Sah Bercerai Talak Satu, Nora Danish Reda – “Sabar Itu Menenangkan Hati, Reda Itu Membahagiakan Hati”- Nora Danish

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 11 Aug 2022
Hiburan Wed, 22 Aug 2018

S.H.E合体哭了! 911音乐会「多说话or唱歌」这样决定

天团SHE成军17周年,不只将在9月11日举办万人「十七音乐会」,也特地邀请吴青峰为她们三人量身创作全新单曲《十七》!

Hiburan Wed, 25 May 2022

Aishah Gembira Solo, Tak Fikir Kahwin Lagi – “Kalau Ada Calon, Kena Dapat…”

Datuk Aishah gembira solo, tidak terfikir untuk kahwin lagi.

Hiburan Fri, 6 Dec 2019
Trending Tue, 20 Feb 2018

数钱能减轻疼痛?大家还不快数红包钱

有一些科学上的研究,虽然看起来好笑,但却能揭露你不敢相信的真相例如,中国有专家曾经透过实验发现,数钱可以减轻疼痛。