Hiburan By: Padin August 7, 2021 @ 10:59am

“Sayang Aku Tanya Apa Khabar?” – Zynakal Akui Terkejut Bila Dayang Nurfaizah Setuju Untuk…

Penyanyi rap Zynakal, 23, kini muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Sayang Aku Tanya Apa Khabar.

Menariknya, lagu terbitan Def Jam Malaysia ciptaan Zyn, Nobita dan Chaan serta lirik oleh Zyn sendiri itu turut menampilkan penyanyi terkenal tanah air, Dayang Nurfaizah sebagai rakan duet.

Bagi pemilik nama penuh Muhammad Raziq Rosli ini, lagu Sayang Aku Tanya Apa Khabar itu dihasilkan tahun lalu bersesuaian dengan situasi dan keadaan semasa negara di mana kerinduan orang ramai untuk berjumpa orang tersayang dan keluarga tercinta yang berjauhan di mata.

“Sebenarnya lagu ini dihasilkan tahun lepas dan sudah ditayangkan di saluran YouTube. Perancangan asal bukan untuk pasaran muzik semasa. Ia untuk suka-suka saja. Tapi, selepas beberapa bulan ada yang mencadangkan kenapa tidak lagu ini dikomersialkan.

“Kebetulan Def Jam Malaysia muncul dengan idea untuk menampilkan Dayang Nurfaizah sebagai rakan duet dalam lagu ini. Alhamdulillah, kali pertama Dayang mendengar lagu ini dia terus suka, jadi saya pun buat susunan semua lagu awal tahun ini,” katanya.

Menurut Zyn, dia terkejut dan tidak menjangka jika Dayang Nurfaizah menyatakan persetujuan dan menyukai karyanya itu.

Malah, Zyn berasa beruntung apabila penyanyi yang baharu melancarkan album Belagu itu turut memberikan idea bagi penambahbaikan dari segi susunan lagu.

“Bagi saya ia sesuatu yang bagus kerana dalam berkolaborasi ini perlu ada persefahaman dalam muzik. Saya menganggap idea yang diberikan oleh Dayang menjadikan lagu ini lebih menarik.

“Apabila Dayang cakap bersetuju, saya memang terkejut. Bukan apa, sebelum ini dia pernah bekerjasama dengan nama besar dalam indusri. Berbanding saya yang masih baharu ini, berasa diri kerdil sangat.

“Satu penghormatan buat saya secara peribadi dan penghargaan dalam kerjaya. Dayang juga sangat merendah diri dan sudi bekerjasama dengan saya,” katanya yang merakamkan semula lagu ini pada Mac lalu.

Sementara itu, Dayang mengakui dia bersetuju merakamkan lagu itu bersama Zyn kerana melodi dan lirik lagu yang menarik.

“Saya bersetuju untuk berkolaborasi kerana tertarik dengan lagu ini. Lagu ini segar dari segi melodi yang ringkas, dari segi lirik yang bersahaja yang mana ada kaitan dengan semua. “Seperkara lagi, ini lagu duet yang mana menjadi ‘wish list’ saya adalah menghasilkan lebih banyak kolaborasi bersama artis lain.

“Macam dikatakan lirik lagu ini sangat bersahaja macam percakapan seharian. Bagi saya lagu ini sangat ringkas dan ‘straigh forward’ tetapi ‘feel’ lagu ini saya berasakan istimewa. Dalam masa sama kena dengan kehidupan kita sekarang.

“Bagi saya, Zyn seorang penyanyi dan komposer yang berbakat. Kalau dia diberi peluang dan ‘guide’ yang betul, insya-Allah dia boleh pergi jauh dalam industri muzik tanah air.

“Artis muda baik penyanyi atau komposer apa yang saya ‘admire’ mengenai mereka adalah idea dan kreativiti dalam berkarya. Cara mereka bekerja terutamanya. Saya sendiri berasa banyak perkara saya boleh belajar daripada mereka.

“Jadi, seronok sangat dapat bekerjasama dengan Zyn. Dia antara yang sangat senang dan mudah bekerjasama. Paling penting bagi saya, kalau nak berkolaborasi kunci utamanya adalah senang untuk diajak berbincang,” katanya.

Lagu terbitan Def Jam Malaysia ini dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 6 Ogos dan manakala lirik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Def Jam Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 4 Sep 2022
Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Hamil Anak Kedua, Puteri Sarah Kongsi Pengalaman Luar Biasa

Kesakitan itu bukan hanya sesekali datang, ada ketika dirasai sepanjang hari. Nak ambil ubat, risau bahayakan kandungan pula…

Featured Thu, 12 Jan 2023

Cara Cakap Kena Tegur, Netizen Terhibur Dengar Maryam Durian Kimchi Mengucap

Comel je Maryam ni! Banyak dah improvement cakap BM

Featured Wed, 9 Mar 2022
Featured Wed, 14 Jun 2023
Hiburan Mon, 19 Nov 2018

项婕如、蔡凡熙及张立昂11月21日来马!

配合《有五个姐姐的我就注定要单身了啊!》即将上映!演员项婕如、蔡凡熙及张立昂11月21日来马,展开一连三天的宣传活动。

Featured Fri, 7 Apr 2023
Acara Tue, 13 Dec 2022

Semakin Sengit! 4 Pasangan Berentap Tawan Hati Sheila Rusly & Chef Adu Dalam Dapur Tempur Separuh Akhir

Siapakah yang bakal melangkah ke pusingan akhir? Jom tengok Dapur Tempur

error: Content is protected !!