Hiburan By: SGMS Faida March 10, 2019 @ 11:47am

Sayang Punya Pasal, Zara Zya Sanggup Hasilkan Supplement Untuk Kucing!

Atas dasar minat terhadap kucing, pelakon Zara Zya merancang mengeluarkan produk makanan tambahan khusus untuk haiwan berkenaan.

Kata pelakon drama Terbaik Dariku ini, dia memiliki formula tersendiri menghasilkan makanan tambahan buat enam ekor kucingnya termasuklah Beshetik.

“ Kucing saya bernama Beshetik ini antara yang paling manja. Dengan berat yang semakin bertambah, kadang-kadang lenguh tangan saya mendukungnya.

“ Beshetik memang suka makan dan dalam masa sama saya juga ada formula sendiri untuk membuat bulu badannya tidak gugur. Makanan tambahan itu juga baik untuk kesihatan kucing dan menambah selera makan mereka,” katanya kepada XTRA.

Tambah Zara, pada masa ini berat kucing berwarna oren itu juga kini mencecah 13 kilogram.

“ Kalau waktu Beshetik masih 10 kg saya kuat juga nak mengangkatnya. Sekarang sejak dah bertambah selera makan, berat badan pun dah meningkat.

“ Beshetik merupakan kucing paling manja berbanding lima yang lain. Selain manja, Shetik juga paling berani. Ada juga yang bertanya sama ada mahu ambil dia berlakon tetapi saya menolak dengan baik,” katanya.

Kata penyanyi lagu Tiada Dendam ini, sekiranya dia berada di set yang sama, dia berkemungkinan tidak menolak untuk berlakon sama dengan kucing kesayangannya itu.

“ Kalau untuk iklan atau photoshoot majalah, saya okay. Tapi kalau untuk penggambaran drama, saya berat sikit. Bukan apa, takut Beshetik tidak selesa dan lari dari set.

“ Nanti kalau Beshetik lari, saya juga yang susah hati,” katanya tertawa.

Untuk rekod, Beshetik antara kucing popular di laman sosial apabila memiliki sendiri hampir 43,000 pengikut di Instagram. Hebat bukan?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 May 2019

Nak Kahwin Punya Pasal, Shah Rukh Khan Terpaksa Menipu!

Cubaan Shah Rukh Khan tidak sia sia memikat hati Gauri

Hiburan Sun, 26 Nov 2017

“Hanya Tinggal Seluar Dalam” Syamel Kongsi Kisah ‘Tragis’

Penyanyi lagu hidup dalam mati ini pernah mewakili Malaysia dalam festival muzik ABU TV song Festival 2017 pada 1 November lalu di Chengdu, China telah meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis buat dirinya. Menurut Syamel, […]

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Azam Baru? Hanya mahukan ciuman Bieber!

Azam Baru? Hanya mahukan ciuman Bieber! Memang terbaik dan WIN lah azam yang ini

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Korea’s Kpop Industry “Big 3” Might Shift In 2020 With YG Leaving The Group

So which company will be joining the “Big 3” for 2020?

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Lepas Artis, Anak Artis Pula Jadi Mangsa Kutukan Netizen

Kasihan..jangan lah kejam sangat sampai anak-anak pun nak kutuk?

Hiburan Fri, 18 May 2018

Tolong ‘Tutup’ Aurat Uqasha: Fikry Dipuji Netizen

Fikry Ibrahim dilihat prihatin tentang aurat wanita, ada sesiapa ke yang dituju?

| Live TV