Hiburan By: Nurul Hana May 28, 2023 @ 10:54am

“Sayangi Dia, Dia Perlu Itu…” – Muat Naik Gambar Talita Bersama Watie, Warganet Doakan Shuib

Seperti yang diketahui ramai, pelawak dan penyampai radio, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhammad bakal menamatkan zaman dudanya bersama usahawan, Watie Hanifiah pada Jun depan.

Terbaharu, Shuib memuat naik video foto satu-satu anak perempuan dalam keluarganya, Dzahira Talita Zahra bersama Watie di Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Shuib seolah-seolah mengharapkan Watie dapat menjadi teman baik kepada Talita selepas pemergian arwah, Siti Sarah Raissuddin.

“Sudah ditulis, tinggal di jalani. Allah maha hebat. Sayangi dia, kasihi dia. Dia perlu itu. Bismillah,” tulis Shuib di kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan Watie dapat menjaga dan mendidik anak-anak Shuib dengan baik.

Malah, ada yang luah rasa gembira kerana akhirnya Talita sudah mendapat kawan perempuan di dalam keluarganya.

“Semoga dapat mendidik dan menjaga anak-anak Shuib seperti snakmu sendiri. Seronoknya Talita dah ada geng.

“Teringat video Dikta menangis teringat ibu. Dia sedih tiada kawan sebab semua lelaki dan dia seorang je perempuan. Sekarang Dikta dah keseorangan dah,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 May 2018

Ziana Zain Trauma, Anak-Anak Terpaksa Jalani Rawatan Psikiatri

Tambah Ziana Zain lagi, anak-anak menjadi takut dan enggan makan kerana takut dimaki ketika berada dikhalayak ramai. 

Featured Wed, 13 Mar 2024

“Ringan Itu Istirehat, Berat Itu Istiqamah” – Neelofa

MashaaAllah moga perkongsian istiqamah dari Neelofa ni dapat memberi manfaat buat semua❤️❤️❤️

Hiburan Sun, 27 Oct 2019
Trending Thu, 9 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Syarat Kemaskini Permohonan Baru

Buat pemohon BSH Fasa ketiga!