Featured By: Maya Basir September 23, 2022 @ 5:01pm

“Sebab Baru 9 Bulan…” – Sedang Mengenali Seseorang, Nasha Aziz Tersipu Malu Disoal Mengenai Bunga

Pelakon cantik Nasha Aziz mengakui sedang dalam fasa mengenali seseorang susulan video tular dirinya menerima jambangan bunga setiap hari di set pengambaran.

Menurut Nasha, bunga yang diterimanya mungkin sebagai tanda untuk dia sentiasa mengingati rakan istimewa tersebut.

“Orang yang menyayangi kita, menghargai wanita dalam bentuk bunga, saya rasa itu simbol love.

“Saya memang dilamun cinta setiap hari. Saya memang mencari cinta setiap waktu. Cinta itu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita saja, tapi kita semua.

“Kita sokong satu sama lain, cakap benda baik-baik, galakkan satu sama lain, itulah sifat-sifat keluarga Islam. Kita kan bersaudara.

“Simbolik bunga itu adalah mungkin supaya saya selalu mengingatinya. Saya adalah jenis orang yang kalau saya melakukan sesuatu, saya akan lakukan sepenuh hati,” katanya.

Nasha ditemui semasa majlis pelancaran filem seram lakonannya berjudul Talbis Iblis di Panggung Asia, Gombak, semalam.

Disoal sama ada jejaka tersebut memenuhi kriteria idamannya, Nasha tidak menafikan namun dia perlu mengenali hati budi dahulu dengan lebih rapat.

“Insya-Allah, dia mungkin menepati. Kita kena kenal lebih rapat kan? Tapi, ruang untuk rapat itu susah juga sebab baru sembilan bulan.

“Sekarang, saya fokus kerja je. Bila rezeki yang Allah beri, kita nak tahu ke mana arah tuju. Insya-Allah, mesti ke arah yang baik,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 1 Dec 2020
familuv Thu, 3 Jan 2019

6 Petanda Anda Keguguran Kandungan Ketika Hamil

Ada tanda yang tak perlu dikhuatiri pun.

Featured Thu, 24 Nov 2022

Tuduhan Berjaya Dibuktikan, Siti Bainun Menangis Perlu Bela Diri

Semoga keadilan berpihak pada yang benar!

Featured Sat, 9 Apr 2022

‘Sekuntum’ Kepada ‘Harirose’ – Sharifah Rose Tukar Jenama Elak Dituduh Penciplak

Nama jenama baru pun comel… Tahniah buat Sharifah Rose!

Hiburan Wed, 28 Nov 2018

黄鸿升、玉兔、李艳馨来马宣传《舞极限》

配合电影《舞极限》即将上映,导演李闳杰将于12月1日至3日,携演员小鬼、玉兔和李艳馨一起北中南马展开电影宣传活动。

Hiburan Tue, 21 May 2019

Jalaluddin Hassan Risau Dibilang Buang Tabiat?

Jika diberi peluang merakam single dalam masa terdekat, lagu bergenre balada bakal menjadi pilihan.

Featured Wed, 8 Mar 2023
Featured Fri, 25 Nov 2022

Foto Berpelukan, Wak Doyok & A. Aida Undang Komen Nakal Netizen

Laju je netizen ni kan.. Doakan yang baik-baik