Hiburan By: SGMS Faida May 12, 2019 @ 11:50am

Sebab ‘Sesungguhnya 2019’, Alif Satar Terkejut Tengok Jumlah Subscribers Di Youtube!

Penyanyi Alif Satar mengaku jumlah subscriber di laman Youtubenya meningkat 20,000 sejak muzik video ‘Sesungguhnya 2019’ dimuatnaik di saluran Youtubenya, baru-baru ini.

Kata Alif ketika ditemui di bazar ramadan Kg Bharu Kashless semalam memberitahu dia terkejut melihat jumlah peningkatan yang mendadak itu.

“ Bayangkan dalam satu malam sahaja, jumlah subscribers bertukar ke angka 100,000 daripada 80,000 sehari sebelumnya.

“ Tak sangka kolaborasi saya bersama kumpulan Raihan menarik minat ramai pendengar malah muzik video itu turut trending apabila menerima 500,000 tontonan sehingga semalam,” kata Alif teruja.

Netizen nyata terpegun mendengar vokal Alif Satar bersama ahli kumpulan Raihan yang terdiri dari Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim.

Penyanyi berusia 29 tahun ini menganggap kerjasamanya bersama Raihan ibarat sebuah mimpi menjadi kenyataan.

“ Saya sering menyanyikan lagu ini sejak 22 tahun lalu. Tidak sangka pertemuan bersama kumpulan lagenda ini di salah sebuah program nyanyian beberapa bulan menemukan kami di studio pula.

“ Proses rakaman Sesungguhnya 2019 juga berjaya disiapkan dalam masa sehari sahaja. Sungguh mudah bekerja dengan abang-abang daripada kumpulan Raihan,” katanya tidak menolak mahu bekerjasama lagi dengan Raihan di masa akan datang.

Muzik video Sesungguhnya 2019 kini boleh ditonton di saluran Youtube dan boleh didengar di seluruh platform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

等了4年!蔡依林新专辑「名称、风格」曝光

天后Jolin蔡依林能歌善舞稳坐流行音乐歌坛一姐宝座,日前她宣布好消息,即将推出睽违4年的新专辑!

Featured Thu, 20 Oct 2022
Featured Thu, 19 May 2022

“Dia Pernah Susah & Faham.. Rahsia Rezeki Keluarga Tak Pernah Putus” – Hulur Bantuan Kereta Rosak Tepi Jalan, Johan Dipuji Netizen

Johan & Isteri sememangnya pasangan selebriti yang bagus kan.. Mungkin ini rahsia kejayaan Johan

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

河智苑弟弟全泰秀因忧郁症自杀身亡!

韩国影后河智苑的亲弟弟、演员田汰遂(前译:全泰秀)今天惊传因忧郁症而自杀身亡, 享年34岁,这是继去年底SHINee成员钟铉之后,又一艺人因忧郁症而自杀,让家人与粉丝们均悲痛不已。

Hiburan Wed, 13 Sep 2023