Hiburan By: SGMS Faida September 26, 2018 @ 9:16am

Sebak…Kehilangan Pak Ngah Beri Impak Besar Buat Siti Nurhaliza

Semalam, negara kehilangan seorang insan yang banyak menyumbang bakti dalam industri muzik tradisional tanah air.

Komposer terkenal dalam ciptaan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah meninggal dunia sekitar jam 3.02 petang semalam.

Pemergian komposer berusia 60 tahun itu sesungguhnya memberi impak cukup besar dalam kalangan penyanyi yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham dalam menghasilkan naskah hebat.

Antaranya, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza yang cukup sedih dengan pemergian Allahyarham kerana jasa yang dicurahkan arwah cukup besar dalam karier seninya.

“Pak Ngah yang Siti kenali adalah seorang pejuang seni dan budaya, justeru pemergiannya satu kehilangan besar semua.

“Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri.

“Beliau banyak menghasilkan lagu terbaik dan harapan Siti semoga karyanya akan terus hidup meskipun dirinya sudah tiada. Segala kenangan manis, gurau sendanya akan Siti simpan dalam lipatan kenangan sampai bila-bila,” katanya kepada BH Online.

Allahyarham pernah mencipta banyak lagu buat penyanyi berusia 39 tahun ini antaranya Cindai, Balqis dan Nirmala. Menerusi laman Instagram Siti Nurhaliza, beliau ada memuatnaik sekeping foto bertulis ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali’ beserta kapsyen Al- Fatihah.

Dalam masa sama, penyanyi Noraniza Idris turut berduka cita dengan kehilangan Allahyarham Pak Ngah.

Noraniza Idris yang mendapat jolokan Ratu Irama Tradisional melihat Pak Ngah sebagai seorang yang kuat semangat, penggerak utama dalam memartabatkan irama Malaysia, mentor dan idola buat dirinya.

“Pak Ngah meninggalkan kita sebagai pejuang negara yang mempertahankan irama Malaysia, sebuah lambang jati diri kepada rakyat. Kita patut bangga dengan jasa yang dicurahkan, bukan hanya sebagai pencetus kepada irama terbabit.

“ Allahyarham juga adalah wira negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang muzik di luar negara.

“ Kita kehilangan permata negara yang sangat besar ertinya dalam hidup dan seni budaya kita,” katanya dalam nada sebak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Neelofa Sekali Lagi Ke Pentas Antarabangsa?

Usahawan, pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor, melebarkan sayapnya ke pentas antarabangsa menerusi fesyen muslimah.

Hiburan Sun, 31 Mar 2019

Belum Sempat Bulan Madu, Pekin Ibrahim Rancang Bawa Isteri Ke Santorini

Insha Allah kalau ada rezeki masa terdekat, saya akan usahakan…

Featured Thu, 26 Jan 2023
TECH Wed, 19 Dec 2018
Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Kaya Tapi ‘Humble’, Jom Tengok Hadiah Hari Jadi Nia Ramadhani Tahun Ini!

Bergelar isteri seorang jutawan, apa agaknya hadiah yang diberi suami Nia tahun ini?