Events By: Halimey Zamal November 12, 2022 @ 6:13pm

“Sebelum Ini Saya Datang Sebagai Penyanyi, Kali Ini..” – Ernie Zakri Galas Tanggungjawab Berbeza Di SFMM37

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri berjaya melayakkan diri ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) dengan mempertaruhkan Korban.

Menurut Ernie, SFMM37 membawa satu kelainan kerana buat pertama kali, dia menggalas tiga tanggungjawab yang berbeza.

Ernie bukan sahaja tampil sebagai seorang penyanyi, bahkan juga menjadi penulis lirik dan komposer kepada lagunya sendiri.

“Alhamdulillah ini adalah perkara yang sangat different untuk saya kali ini.

“Of course, sebelum ini saya datang sebagai seorang penyanyi yang diberi tanggungjawab untuk menyanyi dengan baik.

“Tapi sekarang ini saya datang sebagai penulis dan juga komposer lagu saya sendiri. So dia bila datang sebagai tanggungjawab tiga ini dia rasa ekstra, dia rasa macam happy, dan bersyukur,” katanya kepada XTRA.

Ernie juga sempat memberitahu kepada media, sebagai penulis dan komposer yang masih baru dia akui ini adalah peluangnya untuk mencari ilmu untuk menjadikan dirinya lebih baik.

“Kita baru setahun jagung menulis lagu, bertanding pula dengan rakan-rakan komposer yang hebat!

“Jadi saya lebih kepada peluang untuk saya belajar lagi dan mungkin lepas ini saya boleh menulis dengan lebih baik,” jelas Ernie.

SFMM37 akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang – 6.00 petang) dan 26 November 2022 (pukul 3.00 petang – 5.30 petang) di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Sun, 10 Feb 2019

Sazzy Falak Anti Pil Langsing Badan?

Makin cantik Sazzy ni kan, apa rahsianya?

Trending Thu, 7 Jan 2021
Featured Sat, 7 May 2022

“Kak Iti Boleh, Tokti Boleh…” – Ini Respons Siti Nurhaliza Mengenai Isu Panggilan Nama

Siti sendiri tak kisah nak panggil beliau Tokti dan isu ini hanya perkara remeh baginya…

Events Thu, 18 Apr 2019
Trending Fri, 18 Oct 2019

Hanya Kerana Marah Dua Beranak Dikerat

Bertindak di luar kawalan mengerat anggota badan

Trending Tue, 23 Mar 2021

Setahun Bercerai, Farawahida Selamat Bernikah Dengan Pegawai Kerajaan Di Hari Lahir Ke-36

Selepas setahun bercerai dengan bekas suami, penyanyi Farawahida Razali selamat bernikah dengan lelaki pilihan hatinya, Zulkifli Alias pada 19 Mac lalu. Farawahida diijabkabulkan dengan Zulkifli yang juga pegawai kerajaan di Masjid Daerah Taiping. “Suami saya […]