Hiburan By: Padin March 7, 2022 @ 7:43am

“Sebenarnya Sebak Sebab…” – Marsha Milan Dedah Dijangkiti Covid-19 Ketika Sibuk Lakukan Persiapan Akhir AJL 36

Naib juara Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Marsha Milan mendedahkan dirinya dijangkiti Covid-19 ketika sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk lagu Cinta.

Sempat pulih beberapa hari sebelum sesi latihan AJL 36 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) berlangsung, Marsha mengakui fikirannya terganggu apabila diuji dengan wabak terbabit buat kali kedua.

“Saya sebenarnya sebak sebab saya baru habis kuarantin Covid-19 beberapa hari sebelum rehearsal. Jadi, banyak benda yang tersekat sepanjang persiapan saya, rasa agak kesal dekat situ.

“Tapi Alhamdulillah, itu tidak menghentikan perjuangan saya. Saya teruskan juga walaupun saya rasa ia kacau mental saya. Alhamdulillah saya sihat dan saya buat persembahan terbaik semampu saya.

“Saya rasa lega. Saya buat iklan untuk anugerah ini ada dugaan, sampailah persiapan, sampailah kena Covid-19. Tapi saya rasa itu adalah ujian Allah. Allah sayang saya, sebab tu saya diduga dengan perkara sebegini,” katanya ketika ditemui usai persembahan di pentas AJL 36.

ARTIKEL BERKAITAN: Tepati Ramalan, ‘Pelukan Angkasa’ Menang AJL 36

Mengakui terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang dua trofi, Marsha bersyukur kerana penat lelahnya selama ini berbaloi.

“Saya tak letak jangkaan. Saya hanya mahu menyampaikan Cinta dengan baik memandangkan sebelum ini keadaan kesihatan kurang mengizinkan.

“Apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik, saya rasa kelu. Betul ke saya menang? Kemudian, apabila nama saya sekali lagi dipanggil untuk mengambil hadiah Naib Juara AJL 36, saya tak sangka langsung.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada pencipta lagu ini, Stacy dan Akim Ahmad. Disebabkan lagu Cinta ciptaan mereka, saya berjaya berada di sini. Susunan muzik hasil gubahan Genervie Kam untuk AJL 36 lebih mencabar berbanding versi rakaman juga memberikan sesuatu yang berbeza untuk Cinta.

“Saya gembira kerana semua orang yang menjadi tulang belakang Marsha Milan berada di sini pada malam ini. Terima kasih semua yang menyokong susah payah saya selama 16 tahun,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Feb 2020
Hiburan Thu, 2 May 2019

Big Bang Theory Cast Ending Things with a Bang

The show started with a bang and now it’s ending with a bang.

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Adlin Aman Ramlie Dan Keluarga Pula Menunaikan Umrah

Pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramlie dan isterinya, pelakon Emelda Rosmila serta anak angkat mereka, Edra Rafael kini berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah.  Berita ini dikongsikan oleh Adlin menerusi satu entri di

Cahaya Mata Mon, 30 Jan 2023

Umum Hamil Lagi, Netizen Bimbang Kesihatan Isteri Fizo Omar – “Tak Boleh Jadi Contoh…”

Kesian juga dekat yang pregnant tu.. Hmm apa pendapat korang?

Trending Thu, 19 Sep 2019

Rebecca Nur Islam Tetap Doakan Eina Azman Walaupun….

Tak pasal-pasal babitkan orang lain yang tak bersalah

Featured Thu, 5 May 2022

Haqiem Rusli & Isteri Manfaat Sambutan Syawal Bersama Keluarga Sebelum Berbulan Madu

Haqiem dan isteri pergi berbulan madu pada raya ketiga.

Hiburan Sun, 22 Dec 2019

Nikah Teman Lama, Issey Akhiri Zaman Duda

Alhamdulillah, Tahniah Issey!

Featured Wed, 19 Oct 2022
Trending Fri, 4 Mar 2022

| Live TV

error: Content is protected !!