Hiburan By: Maya Basir August 2, 2022 @ 8:09pm

“Segala-Galanya Baru Buat Saya” – Single Berjudul Namo, Sweet Qismina Ceburi Bidang Nyanyian

Pelakon Sweet Qismina menyatakan hasrat untuk melangkah ke fasa baru dengan mencuba dalam bidang nyanyian.

Memetik laporan BH Online, Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 24, berkata dia mengimpikan untuk memiliki single sejak empat tahun lalu, namun belum menemui karya yang betul-betul kena dengan jiwanya.

“Alhamdulillah, selepas perbincangan dengan Warner Music Malaysia, akhirnya saya berjaya memulakan perjalanan merakamkan single pertama, November tahun lalu. Bagaimanapun, proses rakaman hanya selesai, bulan ini.

“Ia tidak ubah seperti satu pengembaraan yang menyeronokkan. Saya bermula sejak kecil sehingga hari ini dengan mencuba pelbagai cabang seni.

“Bidang lakonan sebati dengan jiwa kerana ia cinta pertama saya. Namun, menerusi nyanyian, saya temui kepuasan baru dan tidak sabar memulakan fasa ini.

“Dilamar pula Warner Music Malaysia seakan mimpi, namun, saya anggap ia langkah baru untuk memulakan pengembaraan ini,” katanya.

Sweet gugup dengan kemunculan single berjudul Namo ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King.

“Berdebar rasanya hendak perkenalkan single pertama. Ia adalah percaturan pertama saya dalam bidang muzik, dahulu saya pernah muncul sebagai penyanyi undangan, kini saya menjadi pemain utama.

“Segala-segalanya baru buat saya. Sewaktu proses rakaman dijalankan, setiap detik meninggalkan kenangan manis yang tidak mampu dilupakan.

“Perasaan berdebar hanya Tuhan sahaja yang tahu. Alhamdulillah, kesemuanya berjalan dengan lancar dan single Namo dapat dihasilkan dengan sempurna,” katanya.

Dengan jadual lakonan padat, graduan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) di Universiti dan Kolej SEGi, Selangor cuba membahagikan masa untuk menceburi bidang nyanyian dan berharap agar single dan muzik video diterima dengan baik.

“Dalam video muzik Namo, penonton boleh melihat sisi lain yang tidak pernah ditampilkan.

“Saya cuba tampilkan sesuatu berbeza dan lari daripada perkataan ‘Sweet’ itu sendiri. Jadi, peminat muzik perlu menonton video muzik Namo.

“Saya tidak harap banyak, cukup tanda sokongan positif peminat kerana saya sendiri masih merangkak dalam bidang nyanyian.

“Namun, saya teruja menerokai bidang muzik dan berharap peminat yang mendengar single Namo akan terhibur dan teruskan menyokong saya,” katanya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Apr 2022
Hiburan Wed, 22 May 2019

Pergh…Kumpulan Slash Ada Lagu Barulah!

‘Dan Leburkanlah’ dicipta sepenuhnya oleh pemain gitar Slash, Joe.

Hiburan Wed, 6 Dec 2017

余文乐结婚啦!彭于晏搞笑P走新娘献祝福

余文乐5日晒出婚礼现场照宣布结婚,与台湾“皮带大王”千金王棠云(Sarah)走入婚姻殿堂!他好友也是外界戏称的「绯闻男友」彭于晏也飞到墨尔本见证婚礼。

Kisah Viral Thu, 6 Jul 2023
Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Instagram Ziana ‘Dihujani’ Ribuan Komen Positif

Petikan kata-kata itu mendapat lebih 8,000 ‘like’ selain menerima kira-kira 400 komen yang rata ratanya mahu Ziana terus bersabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut.

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Hiburan Fri, 29 Dec 2023
Trending Wed, 12 Jan 2022

Rebut Peluang Jadi Penyampai Radio Fly FM Menerusi Flydol 2022!

Menanam impian dan cita-cita untuk bergelar penyampai radio di stesen Fly FM? Apa lagi, rebut peluang anda dengan menyertai Flydol 2022! Rakam aksi menarik anda sebagai penyampai radio menerusi ‘duet challenge’ Flydol 2022 dalam masa […]

Trending Wed, 20 Feb 2019

Pereka fesyen Karl Lagerfeld meninggal dunia!

Pemergiannya adalah kehilangan besar bagi dunia fesyen!