Hiburan By: SGMS Faida April 15, 2018 @ 3:43pm

Kenapa Bapa Lega Zahirah Putus Cinta?

Nampaknya kes percintaan pelakon Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson yang terkandas sebulan lalu masih belum reda lagi…Macam-macam kenyataan yang dikeluarkan sejak kebelakangan ini!

Bapa pelakon wanita itu, Zainol Macwilson meluahkan rasa syukur selepas Zahirah memberitahu hubungannya bersama Zul telah putus.

“ Alhamdulillah, saya lega,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Zainol, terlihat sudah alasan mengapa beliau tidak merestui hubungan kedua pelakon itu selama ini.

“ Dah tiba masanya Zahirah fokus kepada kerjaya dan lebih hati-hati dalam mengenali mana-mana lelaki,” katanya.

Dalam masa sama, Zainol berharap Zul tidak lagi mengganggu anaknya lagi dan jadikan apa yang telah terjadi sebagai pengajaran.

“Dari awal lagi saya memang tidak suka mereka berkawan. Malah, ketika saya masih bersama mak Zahirah, dia ada beritahu yang Zul tidak hormat orang tua. Hari pertama jumpa dia sudah berikan persepsi negatif.

“Ternyata, orang sekeliling juga banyak menyampaikan perkara sama hingga saya juga terkena. Jadi, alasan saya tidak restu hubungan mereka ada asasnya. Saya bukan suka-suka berbuat sedemikian.

“Jadi, apabila Zahirah maklumkan perkara ini, saya berkata baguslah. Saya nasihat agar dia fokus kepada kerjaya dan jaga nama sebaiknya. Paling penting, jangan mudah tergoda lagi dengan sesiapa pun,” katanya bahawa Zul sepatutnya undur diri sejak awal lagi.

Tambah Zainol, “ Apa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.

“Selagi saya hidup, Zahirah masih menjadi tanggungjawab saya. Saya berharap, apa yang berlaku ini secara tak langsung, ia beri pengajaran dan harus ‘move on’.

“Walaupun dia badan sado, saya tak takut. Saya hanya takut kepada Allah. Bagi saya, paling penting hormat orang tua,” katanya.

Zainol juga mendedahkan, ketika Zul dan Zahirah masih bercinta, Zul tidak bersikap ‘gentleman’ dengan menggunakan Zahirah untuk bercakap dengannya.

“Orang kata dia lelaki sejati. Tapi, kenapa tidak mahu menghubungi saya terus. Kenapa kena melalui Zahirah?

“Kalau dia tidak ada nombor telefon saya, boleh minta daripada Zahirah. Dari situ saja boleh tahu dia macam mana,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 24 Jan 2019

Kenapa Korang Wajib Datang Konsert Prelude AJL33 Sabtu Ini?

Hangatkan AJL33 dengan konsert Prelude Sabtu ini!

Featured Fri, 10 Jun 2022
Featured Wed, 25 May 2022
Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Tue, 9 Aug 2022

“3 Bulan Saya Merana!” – Tapak Kaki Dihunus Bilah Tajam, Azwan Ali Dakwa Disihir Artis Wanita Veteran

Semoga cepat sembuh Diva AA. Tapi siapa artis wanita veteran tu? 👀

Featured Fri, 30 Sep 2022
Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Peminat Ola Bola, Ini Mungkin Berita Gembira buat Korang!

Tak sabar rasanya nak tengok Ola Bola The Musical Returns! Dengar cerita Altimet pun ada

Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kesian Tengok Muka Menahan Malu..” – Netizen Sedih Kak Long 7E Diperlakukan Seperti Lembu?

Aduhai, sanggup pula tu Kak Long 7E jadi macam tu 🥲 Netizen simpati tengok Kak Long, mungkin terpaksa terima sebab terdesak 😣