Featured By: Salma Syahbuddin August 18, 2022 @ 7:58pm

“Sejak Bergelar Isteri, Maruah Suami Dan Keluarga Perlu Dijaga…” – Zizi Kirana Kekal Istiqamah, Sedar Usia Makin Meningkat

Penyanyi Zizi Kirana mengakui semenjak bergelar isteri dalam usaha perjalanan hijrahnya, beliau mengakui perlu sentiasa istiqamah.

Malah, sebagai inisiatif, anak kelahiran Sabah ini bersikap lebih selektif dalam pemilihan lagu yang bakal dibawakan dalam persembahannya kelak.

“Ada beberapa lagu lama saya yang mungkin saya tidak akan nyanyikan secara terbuka. Contohnya lagu Siapa Yang Bap Bap dan NAKKETAKNAK.

“Bagi saya, apabila saya sudah seperti ini (bertudung dan menutup aurat), lebih baik saya memilih untuk menyanyikan lagu yang lebih bersesuaian. Jadi, saya tidak akan nyanyi lagu lama yang tidak seiring dengan imej saya kini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Akan Nyanyi Single Lama Yang…” – Zizi Kirana Kini Memilih Lagu Untuk Persembahan

Sementara itu, Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, 37, memaklumkan sejak mendirikan rumah tangga, dia juga perlu menjaga maruah suaminya yang juga pelakon, Yusuf Bahrin.

“Sejak bergelar isteri, bila saya melangkah keluar dari rumah, saya sentiasa ingat bahawa saya keluar membawa maruah suami dan keluarga,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Bandingkan Alunan Siti Nurhaliza Mengaji Dengan Zizi Kirana, Imran Ajmain Tegur – “Tak Perlu Compare”

ARTIKEL BERKIATAN:Tak Bersanding Atas Pelamin, Zizi Kirana Akui Malu – “Acara Ini Merupakan Majlis Kesyukuran, Santai Sahaja…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kekal Menjaga Aurat ketika Bercuti, Netizen Akui Kagum Dengan Zizi Kirana

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Jangan Bila Dah Tua, Baru Nak Cari Kami

Tambah Zed, dia kecewa dengan segelintir artis yang tidak pernah hadir pada acara yang diadakan Seniman namun begitu ‘galak’ mengkritik menerusi sosial media.

Hiburan Fri, 24 May 2019
Trending Tue, 25 Sep 2018

Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) Sejenis Kanser Hidung Paling Lazim Dihidapi Kaum Cina Malaysia

Kanser jenis inilah yang menyerang pemain badminton nombor 1 negara!

Featured Thu, 9 Feb 2023
Featured Mon, 30 Sep 2019
Featured Fri, 7 Sep 2018

Ibu Jari Dipotong Gara-Gara Obsesi Mengigit Kuku

Ketagihan Courtney mengigit jari bermula sejak 2014 selepas menjadi mangsa buli di sekolah.

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Trending Wed, 27 Apr 2022

Suka Makan Fast Food, Gadis Alami Kegagalan Buah Pinggang

Akibat gemar makan fast food, buah pinggang gadis ini tidak berfungsi.