Sejak Masuk Penjara, Siti Bainun Makin Slim… Turun 60 Kilogram Dalam Masa 6 Bulan

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang hadir ke mahkamah hari ini bagi pendengaran rayuan  mencuri perhatian selepas dia kelihatan semakin kurus.

Difahamkan, berat Siti Bainun, 31,  sebelum ini mencecah sehingga 150 Kilogram (kg) ketika mula disabitkan pada 3 Mei lalu, namun kini berat badannya susut kepada 90 kg.

Bainun yang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dan menjalani hukuman di Penjara Kajang didapati bersalah selepas mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down, Bella telah mengalami penurunan berat badan sebanyak 60 kg dalam masa enam bulan.

Siti Bainun hadir di Mahkamah Tinggi hari ini dengan memakai jubah berwarna merah jambu dan diiringi beberapa anggota penjara.

Terdahulu, Mahkamah memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Pada 23 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas mewajarkan pengasas Rumah Bonda itu dilepaskan sementara menunggu rayuan sabitan serta hukuman didengar sekaligus dia kekal dipenjarakan  sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

 

Sumber: Sinar Harian

Salma Syahbuddin