Featured By: Maya Basir September 2, 2022 @ 2:35pm

“Sejarah Akan Berulang Kalau Tidak Dijaga” – Fikry Ibrahim Idam Watak Pahlawan Negara

Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim memberitahu dia sudah lama impikan watak seorang pahlawan dan berharap impiannya menjadi kenyataan.

Menerusi laporan Utusan, dia sudah lama meminati untuk beraksi dalam filem biografi atau epik kerana subjek Sejarah merupakan subjek kegemarannya sejak dari bangku sekolah lagi.

“Sudah tentu jika ditawarkan watak  pahlawan, saya akan cuba membawakannya dengan baik walaupun tidak mudah. Saya sebenarnya sukakan naskhah atau watak berteraskan sejarah kerana memang suka subjek ini.

“Saya selalu berpegang kepada prinsip, sejarah akan sentiasa berulang kalau tidak dijaga. Seharusnya setiap daripada kita kena ada sifat ingin tahu tentang sejarah.

“Kalau tidak faham dan tidak ada sifat cintakan sejarah, bagaimana kita akan memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik?,” katanya.

Pelakon kelahiran Kedah ini berkata, dia pasti terharu dan bangga andai ada produksi yang percaya akan kredibilitinya untuk membawa watak pahlawan negara.

“Saya kagum dengan Datuk Adi Putra yang begitu menyerlah menerusi wataknya sebagai Mat Kilau dalam filem arahan Syamsul Yusof.

“Terus-terang, saya tumpang bangga kerana dia dan seluruh produksi filem itu berupaya melonjakkan semangat kepahlawanan dan keMelayuan hingga menusuk ke jiwa penonton.

“Kalau saya dapat watak seperti itu, saya akan mencuba yang terbaik demi memberi kepuasan kepada penonton. Saya mahu bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan tanah air,” luahnya.

Tambahnya, dia cuba menggunakan platform media sosial miliknya untuk berkongsi serba sedikit tentang sejarah bagi menyuntik nilai pengetahuan kepada pengikut dan peminatnya.

“Saya akan muatkan sedikit maklumat tentang sejarah dalam perkongsian di media sosial. Saya lihat ia sebagai pendekatan yang baik kerana pengikut, terutama generasi muda memberi respons positif apabila saya berkongsi tentang sejarah.

“Mereka juga mahukan bahan ilmiah, selain hiburan,” ujarnya.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Aug 2021

Kumpul Dana Untuk Frontliner, 43 Artis Meriahkan Program Amal COVAiD #BaikSemula

Platform radio Media Prima Audio (MPA) yang baru sahaja membuat penjenamaan semula baru-baru ini akan melancarkan inisiatif bersama platform kumpulan Media Prima untuk mengumpul dana bagi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP dengan menganjurkan Program Amal COVAiD […]

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
familuv Thu, 22 Nov 2018

Ketahui Garis Panduan Ini Sebelum Memilih Haiwan Peliharaan Untuk Anak Anda

Adakah dia sudah sedia untuk tanggungjawab ini?

Events Mon, 8 Oct 2018
Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Featured Mon, 8 May 2023

Keadaan Mental Semakin Merosot, Yasin Sulaiman Dirujuk Hospital Bahagia

Allahuakbar… Semoga dipermudahkan segala urusan buat Yasin Sulaiman 😢😢

Eat Travel Mon, 19 Nov 2018
Hiburan Sun, 17 Feb 2019

Konsert Terakhir Bukti Altimet Layak Digelar Lagenda Rap

Rugi siapa yang tak datang tengok persembahan terakhir Altimet malam ini!