Kalau semalam sahaja, kecoh apabila penyanyi Sesal Separuh Nyawa ini, dikatakan mengamuk dan meluahkan rasa hati beliau menerusi insta story miliknya dengan menulis “pura-pura bahagia itu penat”.
Terbaru, menurut Datin Alyah beliau masih belum bersedia untuk memberikan sebarang komen mengenai isu kekecohan rumah tangga beliau bersama Datuk Ramli MS dan memohon agar peminat beliau memberikan sedikit ruang untuk dirinya.
Terdahulu, isu ini timbul apabila Tok Ram memuat naik video pendek dilaman instagram miliknya, sehinggalah beberapa komen yang ditulis oleh Alyah menjadi tanda-tanda tanya rata-rata followers Tok Ram.