Sekadar Tetamu Jemputan, Netflix Sahkan Aaron Aziz Tak Berlakon ‘Extraction 2’

Beberapa hari lepas, tular sebuah video perkongsian Datuk Aaron Aziz teruja dapat berjumpa Chris Hemsworth pada tayang perdana filem Extraction 2 di Manila.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang beranggapan bahawa Aaron Aziz berlakon dalam filem tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Terkejut! Netizen Teruja Bila Aaron Aziz Jumpa ‘Thor’ – “Berlakon Sekali Ke?”

@therealaaronaziz Alhamdulillah ini lah surprise yg Abg katakan. ALLAH knows best.@NetflixMY @NetflixFilm : #TylerRakeLives #Extraction2PH Fight scenes GEMPAK gila!! 100 times better than Fast X. @chrishemsworth @samhargrave (Director) @iedilputra #f #fyp #fy #fypシ #aaron #aaronaziz #fypシ゚viral ♬ DJ PAIJO MUMET NDASE CR yt Yanz – Zeus66`music☠️

Terbaharu, memetik laporan Utusan Malaysia, pihak pengurusan Netflix Malaysia telah mengesahkan Aaron tidak terlibat atau berlakon dalam filem ‘Extraction 2’ sebaliknya hadir ke tayangan perdana sebagai tetamu undangan sahaja.

“Aaron Aziz dan Iedil Dzhuhrie Alaudin tidak terlibat dalam filem Extraction 2. Kedatangan mereka ke sana adalah bedasarkan undangan bagi mewakili Malaysia ke tayangan perdana,” ujar agensi pengurusan Netflix di Malaysia, Maker Lab, selepas dihubungi Utusan Malaysia menerusi emel.

Namun begitu, Aaron dan Iedil dapat bertemu dan bergambar dengan pelakon utama Extraction 2 iaitu Christ Hemsworth dan pengarahnya Sam Hargrave di satu pentas yang sama.

Nurul Hana