Hiburan By: Fatin Nurain March 8, 2023 @ 3:10pm

“Sekali Pandang Macam Terkahwin Dengan Gangster Snooker” – Alyah Teruja Dapat Hadiah Lukisan Potret Bersama Tok Ram

Penyanyi Datin Alyah meluahkan rasa terujanya selepas suaminya, Datuk Ramli MS atau Tok Ram membawa pulang potret lukisan yang dihadiahkan buat mereka oleh seseorang.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Alyah menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Menurut Alyah, dia tidak berkesempatan untuk membuka bungkusan potret tersebut kerana sibuk bekerja.

“Kelmarin Tokram balik dengan membawa potret lukisan yang berbalut dari siapa saya pon tak pasti. Bila ditanya, Tokram kata ada orang lukis dan buat bagi kat dia dan suruh saya tengok sendiri. Sebab lately busy sangat jadi tak ambik pot sangat hal ni.

“Setelah dua hari berlalu bingkai gambar yang tertutup dengan pembalut masih mengoda tangan untuk membuka. Then apa lagi kita pon suruh maid kita buka. Sekali, Allahuakbar lukisan i dengan Tokram daaaa,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelantun Tak Mungkin Kerana Sayang itu sempat berseloroh menyatakan potret tersebut seperti dirinya berkahwin dengan gangster.

Malah, dia juga sempat berterima kasih kepada pemberi lukisan potret tersebut.

“Sekali pandang macam terkahwin dengan gangster snooker daaaa. Tapi saya suka Lukisan ni Alhamdulillah Terima kasih. Siapa yang lukis ni mohon tag sini boleh? saya nak ucapan terima kasih,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Terdahulu, Alyah dan Ramli MS telah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 23 Jul 2019

著名海南话原创艺人麦英726开唱!邀你共赴乡音之约

著名海南话原创艺人麦英7月26日开唱!邀你共赴乡音之约,免费听听亲切的乡音歌曲,欣赏优美的传统琼剧。

Featured Thu, 16 Dec 2021

“Rasa Macam Nak Samak Lidah Berkali-Kali” – Tak Sengaja Makan Pork Belly, Netizen Minta Norreen Iman Berhati-Hati

Baru sahaja menjejakkan kaki di London, pelakon Norreen Iman berhadapan dengan kejadian buruk apabila menyedari sandwich yang dimakan mempunyai kandungan perut babi. Norren memberitahu dia dan suaminya, Razzi termakan sandwich yang mengandungi babi itu sebaik

Trending Tue, 28 Aug 2018

6 Absolutely True Signs That Merdeka is Near

You can count in Malaysia Day too at this rate.

Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Thu, 26 Aug 2021
Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Exo Bakal Keluarkan Lagu Baru?

Tak sabar nak tunggu November nanti!

Trending Tue, 2 Jun 2020
Trending Wed, 5 May 2021

Bila Kediaman Selamat, Boleh Raya Dengan Gembira… Jom Semak 6 Barangan Wajib Dimiliki Untuk Membersih & Disinfeksi Rumah!

Raya hampir tiba! Mesti semua excited nak sambut Raya kan? Tapi Raya, Raya juga, sebelum nak sambut Raya tu anda kena bersihkan rumah dulu! Masa Raya ni, kebersihan merupakan aspek yang paling penting sebab masa

Featured Thu, 26 May 2022

| Live TV