Hiburan By: Khairil Khusyairi June 6, 2023 @ 8:00pm

“Sekarang Ini Boleh Dikatakan Saya Agak Struggle Sebab…” – Amar Baharin

Pelakon Amar Baharin menerima dengan terbuka untuk melakonkan sebarang watak dalam karier lakonannya.

Malah pemilik nama sebenar Amar Mohd Baharin ini menganggap setiap watak baharu adalah cabaran dan akan membuat latihan.

“Saya tidak spesifik tapi bila dapat sesebuah karya itu kalau saya rasa pernah buat jadi ia ‘makanan’ saya lah. Kalau berbeza ianya adalah satu cabaran baharu kepada saya dan cuba jayakan watak itu.

“Mungkin saya akan ubah cara penampilan saya atau gaya saya. Saya akan buat latihan sendiri.

“Selagi kita tak buat, kita tak tahu sejauh mana kebolehan. Saya sahut sahaja cabaran apa-apa karakter yang lain daripada yang biasa saya terima,” katanya kepada XTRA.

Tambah Amar, dia yang sering menjayakan watak hero itu berpendapat setiap penonton mempunyai pilihan dan cita rasa sendiri dalam memilih karya apa yang ingin ditonton.

“Saya biasanya diberi watak hero dan selalunya watak hero itu jarang bersifat antagonis. Jadi kalau ada pihak produksi nak tawarkan saya watak antagonis, tapi saya rasa penonton tak terlalu gilakan watak tersebut.

“Kita ada batasnya, tak boleh nak terlalu antagonis nanti mungkin tidak melepasi piawaian Lembaga Penapisan Filem (LPF). Apa yang kita tengok sekarang ini itulah yang mereka mahukan.

“Kita buat drama ini dengan apa yang penonton mahukan, kalau tidak ia macam suka sendiri,” jelasnya.

Melihat ramai bakat baharu yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, Amar mengaku dirinya perlu bergelut dengan realiti tersebut.

“Sekarang ini boleh dikatakan saya agak ‘struggle’ sebab ramai hero-hero baharu. Maklumlah saya pun dah berusia. Jadi saya cuba sesuaikan diri dengan trend sekarang.

“Saya percaya pada rezeki, saya dah berbelas tahun berlakon, apa yang saya dapat saya beri yang terbaik, saya pun tiada gosip ataupun isu panas. Alhamdulillah rezeki saya.

“Sekarang ini mungkin drama-drama luar seperti Kdrama itu dapat tempat dekat penonton, kita pun cuba dan ikut keadaan,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 29 Jul 2021
Trending Fri, 7 Aug 2020
Trending Fri, 1 May 2020

[TERKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Bakal Dilaksanakan

Haa, jangan suka sangat ye gais! Kena patuhi arahan juga.

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Berang Dengan Ibu Tiri? Abil Luah Rasa Menerusi Instastory

Mengakui bahawa masanya sudah tiba untuk beliau menceritakan kisah sebenar disebalik perlakuan biadap individu terbabit.

Trending Tue, 13 Nov 2018

蔬果「拟人化」后的爆笑日常!

日本超人气插画家「keigo」又绘出一系列的蔬果人,用可爱、逗趣的画风来勉励大家:做人其实很幸福好吗!

Hiburan Sun, 14 Jan 2018

Laudya Cynthia Bella Nafi Hamil?

Bella menafikan dakwaan yang dia sedang mengandung

Hiburan Thu, 9 Nov 2017

KURANG CERDIK? FATHIA LATIFF

Bagaimanapun, Fathia menjelaskan dalam satu komen balasnya bahawa dia bertindak sedemikian kerana terdapat segelintir komen yang ditinggalkan oleh netizen tidak senonoh.