Hiburan By: SGMS Faida April 9, 2019 @ 11:59am

‘Sekarang Kami Berempat’- Raja Farah Selamat Lahirkan Baby Boy!

Pengacara dan pelakon Raja Farah selamat melahirkan anak kedua, kelmarin.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Raja Farah Raja Aziz ini memaklumkan berita gembira itu kepada pengikutnya.

“Alhamdulillah, kami kini berempat dengan kehadiran anak lelaki kedua. Syukur, semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.

“Saya melahirkan bayi ini secara normal. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan yang tiada henti. Kami sangat menghargainya,” katanya.

Tambahnya, bayi lelaki seberat 3.45 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 6.15 petang.

Pelakon filem Gol dan Gincu itu turut berkongsi gambar bersama suami, Iskandar Ismail dan anak sulung mereka, Imran Iskandar yang kini berusia 3 tahun serta bayi menerusi laman sosial itu untuk tatapan peminat.

Pasangan ini berkahwin pada 6 September 2015.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Oct 2019
Hiburan Wed, 22 Nov 2017

DARI MANA DATANGNYA IKAN? – FATHIA LATIFF

Seperti sudah dijangka Fathia menganggap tweet yang dibuatnya itu sebagai bahan gurauan semata-mata memandangkan netizen memberi kecaman yang bertubi-tubi terhadapa apa sahaja yang Fathia tweet selepas itu. 

LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018

Kenali ‘Roda Warna’ Agar Kamu Tak Runsing Ke Tempat Kerja

Beranikan diri untuk padankan shawl bewarna hijau dan top kuning yang bakal menimbulkan gaya feminin.

Featured Mon, 4 Apr 2022
error: Content is protected !!