Featured By: Salma Syahbuddin March 13, 2022 @ 2:19pm

“Sekarang Saya Ada Kehidupan Yang Indah Bersama Yang Tersayang…” – Ini Respon Sharnaaz Ahmad Terhadap Isu Hina Keluarga Shila Amzah

Selepas kontroversi timbul mengaitkan namanya, pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya tampil membuat penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan oleh adik kepada Shila Amzah, Syada Amzah berkaitan isu menghina keluarga mereka pada Jumaat lalu.

Perkara itu tercetus selepas Syada membuat ciapan menerusi Twitter miliknya.

Walaupun kenyataan tersebut tidak merujuk kepada mana-mana individu, namun warganet saling membuat tekaan bahawa individu yang dimaksudkan sebenarnya adalah, Sharnaaz Ahmad.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kamu Panggil Kakak Saya ‘Jal*ng’, Tolong Jauhkan Diri” – Syada Amzah Tak Maafkan Individu Hina Keluarga

Justeru itu, Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37, akhirnya tampil menjawab persoalan warganet bahawa dia tidak mahu bersikap negatif sekarang ini apatah lagi terhadap isu tersebut.

Tegasnya, hanya benda positif sahaja yang perlu ada dalam kehidupannya pada ketika ini malah, mengakui tidak timbul sedikit pun perasaan marah mengenai isu yang dibangkitkan.

” Saya tak berminat nak komen panjang. Saya sekarang ada kehidupan yang indah bersama yang tersayang, Jebat Jayden. 

 

“Hanya benda-benda yang positif saja dalam hidup saya, yang negatif minta dalam test kit Covid-19. 

“Saya tak marah aih, dah lama tak marah-marah ni. Kena marah dengan Jebat Jayden adalah,” katanya.

Terdahulu, pelakon yang popular menerusi filem Jebat ini mendedahkan kepada media bahawa dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap Shila Amzah malah mendoakan agar kerjaya nyanyian penyanyi Patah Seribu itu terus cemerlang pada masa hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sha Masih Belum Sembuh..” – Shila Amzah Mohon Diberi Ruang

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Ada, Adalah…” – Kembali Berjodoh Dengan Shila Amzah? Sharnaaz Ahmad Tak Tolak Takdir

ARTIKEL BERKAITAN:“Semua Orang Berkahwin Untuk Cari Kebahagiaan Tapi…”- Selepas 4 Tahun, Shila Amzah Kini Sah Bercerai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020
Hiburan Tue, 7 Nov 2017

AIR ASIA’S BIG BOSS SAID, “I DO”

Mr Fernandes wanted to keep this wedding of his hush hush. Set in the scenic Cote D’Azur, in the southeast corner of France, the VERY private wedding held last weekend was attended by close family and friends only.

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#Mentor7: Ada Sebab Hafiz Pilih Amal, Azmirul Jadi Protege

Kenapa agaknya Hafiz memilih protege lelaki untuk program Mentor 7?

Trending Wed, 28 Feb 2018

超可爱「海象信箱」每天上演时装秀

相较于本地千篇一律的信箱,在国外可是有各式各样的信箱,更有不少屋主会把信箱当作是自己住宅的标志之一。日前就有美国网友分享邻居的「可爱海象信箱」,且会不定时换装,上演海象时装秀。

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Trending Fri, 28 Jun 2019

女性爱闻男友体味!研究:有益健康

加拿大研究显示,喜欢闻另一半身上的味道,或许是一种减压的方式,对身心灵还满健康的。

Trending Wed, 29 Sep 2021

“Foto ‘B*gil’ Penuh Akan Disiarkan Sekiranya..” – Nam Ron

Pelakon berbakat besar, Nam Ron memuat naik dua foto tidak berbaju di laman Twitter miliknya dan ia mendapat perhatian warganet. Menerusi ciapan yang dikongsi semalam, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 52, secara sinis […]

Hiburan Wed, 9 May 2018

Raih 90 Undi, Diva AA Tak Lupa Janji!

Siapa pun yang memimpin negara, ‘biaq pi’… yang penting kita semua sudah melalui peristiwa warna-warni sepanjang PRU-14.

Hiburan Tue, 13 Nov 2018
Trending Sun, 27 Dec 2020

| Live TV