Hiburan By: Salma Syahbuddin March 25, 2018 @ 1:00am

“Seksi Tak Bermakna Saya Tak Tahu Agama” – Nana Al Haleq

Nana Al Haleq memulakan kerjaya beliau sebagai seorang jurulatih dan penasihat kecergasan. Memiliki bentuk badan yang seksi, Nana sekaligus sering tampil di kaca televisyen tempatan terutamanya dalam program-program berbentuk kesihatan.

Justeru itu, Nana Al Haleq, 31 sering menerima kritikan termasuk pegangan agama beliau dipertikai kerana sentiasa tampil dengan pakaian yang seksi. Namun, menurut Nana, pakaian seksi tidak menunjukkan bahawa beliau tidak tahu bab agama dan sebagainya. 

“Sebagai seorang manusia, saya ada juga search kat google dan tidak sangka ada yang menanyakan saya tentang agama yang dianuti. Tidak semestinya dengan berpakaian seksi, sikap saya juga buruk. Siapa tahu saya sudah khatam al-quran sebanyak 15 kali ?” Katanya ketika ditemuai semasa majlis sidang media ntv7 baru-baru ini.

Nana juga menganggap aktiviti membentuk otot ini merupakan kerjaya seni yang boleh menjadikan diri beliau sebagai inspirasi kepada masyarakat.

Baru-baru ini beliau sekali lagi diberi tanggunggajawab bagi mengendalikan sebuah program siaran ntv7 iaitu, Feel Good Show, yang turut menampilkan Nick, Thevanesh dan Erwin Dawson . Program ini akan bersiaran pada setiap hari, jam 8 hingga 10 pagi hanya disaluran ntv7. Kalau anda terlepas untuk menyaksikan siaran ini, jangan risau kerana, anda boleh menyaksikan siaran ulangan Feel Good Show hanya di tonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Selebriti Fri, 10 Nov 2023
Hiburan Wed, 18 Apr 2018

‘Tak Mungkin Anak Saya Selfie Ketika Majlis Pengebumian’ – Ibu Zahirah

Sebagai ibu, beliau percaya Zahirah sudah cukup dewasa untuk melakukan sesuatu terutama di khalayak ramai. Maslinda turut menyerahkan segala keputusan melibatkan soal pilihan hidup kepada Zahirah dan enggan mengulas lanjut mengenai punca hubungan anaknya dengan Zul berakhir.

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Mon, 18 Apr 2022