Pelakon Dynas Mokhtar berkongsi berita gembira di mana dia telah selamat melahirkan cahaya mata yang keempat pada Sabtu lalu.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Dynas bersyukur telah selamat menimang anak perempuan namun belum mengumumkan nama mahupun berkongsi wajah bayinya.
Walaubagaimanapun, perkongsian ini dibuat selepas tiga hari dia selamat bersalin.
“Ketentuan Ilahi… Alhamdulillah. MasyaAllah a baby girl for us,” tulisnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram menzahirkan rasa syukur disusuli ucapan tahniah buat Dynas.
Sekadar info, Dynas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din pada April 2018 dan dikurniakan anak lelaki Edriel Obil, 3.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas juga dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12 dan Mohamed Haqaish, 9.
Artikel Berkaitan: Usia Kandungan Mencecah 5 Bulan, Dynas Mokhtar Bakal Timang Cahaya Mata Lagi!
Artikel Berkaitan: Bakal Timang Baby Girl! Dynas Mokhtar Berehat Panjang, Ulas Isu Keguguran Rambut Dalam Kalangan Wanita Hamil
lawaklah dua orang ni
Mantappplahhh Jebat
doa yang baik-baik
Not really realizing how much he means to my world - Diana Danielle