Hiburan By: SGMS Faida September 27, 2018 @ 3:21pm

Selamat Hari Lahir ke 35 tahun, Fazura! Ucapan SWEET Fattah Buat Anda Rasa Nak Cepat Kahwin

Happy Birthday, Fazura! Selain membawa isteri tercinta ke lokasi bersuasana romantik untuk makan malam, Fattah juga menitipkan ucapan paling manis buat Fazura. 

Menerusi laman Instagram pelakon berusia 28 tahun ini, Fattah bersyukur dianugerahkan seorang isteri terbaik dari Allah SWT.

“ Selamat hari lahir kepada isteri @missfazura. Awak adalah anugerah terbaik dari Allah. Saya akan sentiasa berasa bertuah memiliki awak sebagai isteri.

“Awak membawa kebahagian dan kegembiraan kepada saya. Tiada seorang lelaki pun boleh minta isteri yang lebih baik daripada awak. Ratu di hati saya,” tulisnya.

Finalis Hero Remaja 2011/2012 ini mendoakan agar segala impian isterinya bakal menjadi kenyataan.

” Awak sentiasa penuh dengan aura positif dan mempunyai hati yang baik juga selalu menyokong, baik hati bukan saja pada saya tapi semua orang. Insya-Allah saya akan sentiasa mendoakan kita setiap hari.

” Semoga Allah melindungi dan merahmati awak dengan kebaikan di dunia dan akhirat. Saya tahu awak akan menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak kita.

“Semoga segala impian awak menjadi nyata dan saya akan sentiasa berada di sisi awak sampai ke Jannah. Insya-Allah,” akhirinya.

Buat Fazura, kami di Xtra mendoakan agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Insya Allah. Happy Birthday again, Faz!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Dec 2022
Featured Thu, 17 Mar 2022

Penantian 15 Tahun Berakhir, Puteri Reunion 2022 Akan Bersiaran Syawal Ini!

Akhirnya! Drama Puteri buat comeback gais! Sama-sama kita nantikan Syawal ini! Kita Enjoy 😜😂🥳

Hiburan Wed, 23 May 2018

Kilafairy Dikecam Kerana Berpakaian Ketat, Nak Tayang Apa Tu?

Gambar tersebut juga seterusnya menimbulkan perbalahan apabila Kilafairy turut membalas komen netizen dalam bentuk sindiran

Events Tue, 4 Dec 2018
Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Wed, 12 Sep 2018

山脚下男孩彩排6小时脸不红不气喘「915大叔要你好看的!」

山脚下男孩25周年《都有你在》演唱会只剩下不到3天时间即将要举办!团员彩排6小时脸不红不气喘,直呼「915大叔要你好看的!」

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

15 Tahun Ke Udara, Ketuk-Ketuk Ramadan Bakal Tamat Bersiaran

Pengarah Bahagian Program TV RTM, Norliza Mohd Ali, mahu program masakan popular di TV1, Ketuk-Ketuk Ramadan diteruskan walaupun penerbitnya, JS Pictures akan menamatkannya selepas 15 tahun bersiaran pada Ramadan ini. “RTM tiada hasrat untuk menggugurkan […]