Hiburan By: Padin August 6, 2021 @ 5:47pm

Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi.

Namun begitu, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Kesetiaan itu masih belum sedarkan diri lagi.

Berita ini disampaikan oleh pengurus Sarah, Nana Mohamad Rom menerusi hebahan media.

“Untuk makluman Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Walaubagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Terdahulu, suami Sarah, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi yang kini berusia tujuh bulan sekitar pukul 2 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

Sarah yang positif wabak Covid-19 ditidurkan kerana masih belum stabil selepas dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat tahap oksigen yang semakin menurun.

ARTIKEL BERKAITAN : “Dia Sudah Ditidurkan” – Tak Stabil & Oksigen Menurun, Peminat Diminta Doakan Siti Sarah & Kandungan

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak-Anak Tengah Demam, Kandungan Dah Masuk 7 Bulan” – Pembantu Rumah Positif Covid-19, Siti Sarah Risaukan Baby Dalam Perut

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 7 Jan 2023

“Datang Balik Berbincang? You Block I…” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberikan respons terhadap berita pernikahan suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar menerusi rakaman video, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Sarah memberitahu dia akan menjelaskan dan akan memperbetulkan beberapa soalan mengelirukan yang […]

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Awal Ashaari Mahu “Cuci Tangan” Dalam Industri?

Awal Ashaari merupakan figura yang cukup terkenal di Malaysia. Namun, sejak akhir-akhir ini, beliau kelihatannya agak kurang keluar di kaca TV berbanding dahulu. Adakah beliau dah nak ‘cuci tangan’ dari industri seni tanah air?

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

TAKZIAH! Anak Bob Lokman Meninggal Dunia

Dia seorang anak yang baik. Dia tulang belakang keluarga dengan membantu menguruskan perniagaan. Dia juga yang banyak bantu dan jaga saya ketika masuk hospital.

Featured Fri, 9 Dec 2022

[VIDEO] “Suddenly My Handphone ‘Hang'” – Siti Nurhaliza ‘Speechless’ Jumpa Gordon Ramsay

Comel je gelagat Siti Nurhaliza ni ekk 🥰🥰 Macam tu jugak la reaksi kita bila jumpa TokTi 🤪🤩🤣

Featured Thu, 26 May 2022

“Janda Yang Paling…” – Bekas Kekasih Mahu Kahwini Sera

Haa ada yang dah bagi hint tu… agak-agak Shuk jealous tak? 😂

Trending Thu, 14 May 2020

PKPB : Bakal Dipertimbangkan Semula 18 Mei Ini

Kita doakan agar keadaan kembali pulih dengan segera

Trending Sat, 2 Jan 2021

Akhmal Nazri Selamat Bernikah 31 Disember Lalu

Wah, Jibam dah kahwin.. Tahniah!

Hiburan Thu, 26 Dec 2019