Events By: Ad Ops August 1, 2018 @ 5:06pm

Selamat Ulangtahun Ke-18 Red Box Karaoke!

A. GANDAKAN KEGEMBIRAAN – CABUTAN BERTUAH

Bermula Ogos ini hingga 17 September, karaoke di mana-mana cawangan karaoke Red Box, Green Box dan Red Box PLUS berpeluang memenangi cabutan bertuah bersempena Ulang Tahun Ke-18 Red Box Karaoke!

Promosi terbuka kepada semua pelanggan, sama ada rakan ahli atau bukan ahli, tanda ucapan terima kasih Red Box di atas sokongan mereka selama ini. Antara hadiah utama untuk dimenangi ialah telefon pintar P20, 55″ Ultra HD Smart TV, 43″ Smart Full HD LED TV, Ice Watch, produk saduran emas Gold Art, hamper Poco, barang kemas Sovilia dan banyak lagi!

B. PERMAINAN HARIAN – SELESAIKAN KIUB RUBIK

Bersempena ulang tahun ke-18, anda berpeluang memenangi dan menebus hadiah segera seperti Baucar Karaoke Red Box dan Baucar Percuma yang lain serta ganjaran hebat seperti CD, premium filem dan tiket filem, dengan hanya menyertai permainan harian “Solve Rubik Cube” semasa berkunjung Red Box.

C. BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA FAVEPAY – PULANGAN TUNAI 20%

Berita baik untuk semua pelanggan FAVE! Cara pembayaran masa kini! Hanya bayar bil karaoke ketika berkunjung ke cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS melalui FavePay untuk menikmati “Pulangan Tunai 20%”.

Tiada had minimum atau maksimum untuk mendapatkan pulangan tunai 20% kembali ke dalam e-wallet anda!

Cuma ikuti langkah berikut:

a. Langkah 1: Muat turun aplikasi FAVE dari Google Play atau App Store.
b. Langkah 2: Imbas kod QR FavePay di kaunter pendaftaran.
c. Langkah 3: Taip jumlah bil dan tekan “Bayar Sekarang”.
d. Langkah 4: Transaksi Pulangan Tunai 20% berjaya, sah digunakan untuk kunjungan yang seterusnya.

D. PAKEJ UNTUK 5 ORANG

Nikmati tawaran bilik yang disediakan Red Box dengan pakej parti 5 orang – serendah RM248! Keistimewaan tambahan untuk rakan ahli Kumpulan Karaoke Red Box, di mana mereka berhak mendapatkan diskaun tambahan 10% untuk transaksi ini.

Pakej termasuk penggunaan bilik karaoke, makan malam bufet untuk 5 orang, 10 botol minuman beralkohol dan tambahan minuman ringan.

E. WORLD OF FOOD – DUNIA MAKANAN ANDA
Yang pastinya, rangkaian Red Box, Green Box dan Red Box PLUS akan dihias indah bagi meraikan kegembiraan selain memberi kelainan sepanjang kempen Ulang Tahun ke-18 ini. Terdapat juga pelbagai masakan hebat yang bakal disediakan oleh Chef dengan sentuhan kelazatan citarasa dari seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, Red Box, Green Box, Red Box Plus Karaoke akan beroperasi bermula 11 pagi hingga lewat malam.

Anda juga boleh layari laman rasmi mereka di www.redbox.com.my untuk mengikuti pelbagai tawaran istimewa  daripada Red Box! 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
TECH Tue, 21 May 2019
Hiburan Sun, 12 Jan 2020

Alan Walker 4月来马参与砂拉越「Borneo音乐会2020」

全马最大型户外音乐会《Borneo音乐会2020》将于4月10日及11日隆重引爆!届时将聚集了来自世界8个不同地区的歌手共同接力演出。

Featured Thu, 25 Aug 2022

Gabungan 3 Pengarah Tersohor & 1 Ketua Juri, Program Realiti Fit For Action Cungkil Bakat Pelakon Baharu!

Wow! Untungnya 12 Peserta progam realiti pencarian pelapis pelakon versatil Fit For Action dapat berguru dengan tiga pengarah hebat, Heykal Hanifah, Aziz M Osman & Ellie Suriaty! 🤩 Saksikan Fit For Action mulai 3 September 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam di TV3!

Hiburan Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] Tunggu Giliran Peraga Baju KLFW, Aznil Nawawi Rakam Detik Cemas Letupan di Pavilion!

Ya Allah takutnya tengok letupan tu! Terima kasih dekat polis bantuan yang pantas bertindak.

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Zara Zya Akui Majlis Pernikahan Tidak Akan Berlangsung?

Kita doa yang baik-baik sahaja okay!