Selamba Tayang Bikini Merah, Netizen Perli Ameera Khan Terlampau ‘Try Hard’ – “Lepas Ni Kalau Kena Hentam Jangan Off Komen Pula!”

Pempengaruh media sosial yang juga adik kepada usahawan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor iaitu, Ameera Khan mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik foto bikini berwarna merah miliknya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa.

Menerusi perkongsian tersebut, Ameera meletakkan beberapa foto miliknya dan menjadikan foto buah strawberi sebagai penghias muka hadapan sebelum foto pakaian dalamnya itu.

Difahamkan, Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Khan, 23, kini berada di Perancis bagi mempromosikan beberapa produk berjenama mewah antarabangsa.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Ameera berasa kurang senang dengan tindakannya sekaligus menyifatkan adik kepada Neelofa itu sudah hilang sifat malu kerana berani menayang pakaian dalamnya yang disifatkan sebagai barangan peribadi golongan wanita.

Malah, ada juga yang tampil memerli tindakannya itu dek kerana sebelum ini Ameera pernah menutup ruangan komen dan memadam akaun Instagramnya akibat dikecam teruk.

Berdasarkan pemerhatian Xtra, foto tersebut bagaimanapun telah dipadam selepas ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang dianggap terlalu ‘open minded’ walaupun acap kali menunaikan umrah.

Terdahulu, Ameera pernah terpalit dengan isu sama apabila mengenakan pakaian ketat berona kulit sehingga memperlihatkan susuk tubuhnya.

Salma Syahbuddin