Hiburan By: Padin May 24, 2022 @ 1:40pm

“Selebriti Jadi Duta Produk Tak Boleh Overclaimed” – Paknil Mahu Rakan Artis Lebih Peka

“Setiap rakan artis yang jadi wajah sesebuah produk, tak boleh overclaimed. Kita harus ada pengetahuan mengenai produk yang dipromosikan.”

Itu merupakan pesanan pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau Paknil kepada semua selebriti yang dilantik sebagai wajah atau duta kepada sesebuah produk.

Menurut Paknil, artis yang dilantik menjadi duta tidak seharusnya ‘overclaimed’ dan mengatakan produk yang dipromosikan boleh menyembuhkan sesuatu penyakit.

“Selebriti ada tanggungjawab besar. Mereka yang bergelar duta atau mengeluarkan produk (khususnya suplemen kesihatan) tidak boleh mengatakan produk mereka boleh menyembuhkan. Hanya ubat sahaja yang boleh menyembuhkan dan jika selebriti overclaimed, itu akan menyebabkan pesakit tak mahu jumpa doktor lagi.

“Saya hormati tindakan doktor pakar yang menegur kerana sekurang-kurangnya kita ada pemantau. Bagaimanapun, jangan hina selebriti kerana mereka perlukan sumber pendapatan menerusi pelantikan menjadi duta tetapi mereka harus ada pengetahuan mengenai produk serta kesannya.

“Saya juga berwaspada dan ambil tahu mengenai produk yang saya promosikan. Selaku duta suplemen kesihatan untuk syarikat Eskayvie, saya sering mengingatkan kepada semua pihak supaya jangan tinggalkan ubat doktor, jangan tak datang appointment hospital.

“Perkara ini tak boleh dibuat main, jadi jangan culas. Ubat tugasnya menyembuhkan, manakala suplemen pula tak boleh menyembuhkan, ia untuk mempercepatkan penyembuhan,” katanya.

Paknil ditemui di majlis sambutan Hari Raya dan pelancaran produk terbaharu Eskayvie, i-Qids, baru-baru ini.

Terdahulu, Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah tampil menegur penyanyi dan pengarah, Mawi berhubung iklan promosi produk kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa Perlu Tipu Pesakit Kronik Saya?” – Promosi Produk Kesihatan, Dr Rafidah Tegur Mawi

Dalam pada itu, Aznil juga bersyukur kerana dirinya menjadi pilihan untuk menjadi wajah kepada sesuatu produk.

“Semenjak dahulu lagi, saya mempunyai prinsip tak akan promosi benda yang saya tak amalkan. Jadi, saya mencuba dahulu dan apabila saya sendiri yakin dengan suplemen ini, barulah saya bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan mereka. Saya bersyukur kerana menjadi pilihan mereka untuk menjadi duta jenama. Rezeki ini datang sewaktu awal pandemik.

“Kalau saya bukan pengguna dan tak percaya dengan produk saya tak akan menjadi duta produk Eskayvie. Tambah pula, produk ini diformulasikan oleh Doktor Perubatan, Dr Syid Ayob yang pastinya arif berkenaan dos bahan aktif dan kesan setiap nutrisi yang disarankan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Dec 2019

《叶问4:完结篇》上映10天蝉联票房冠军宝座!

2019巨制电影《叶问4:完结篇》冲出中文电影票房纪录,连续10天荣获大马票房冠军再创新纪录!

Hiburan Sun, 8 Jul 2018

Fuh…Video Menteri Kutip Sampah Jadi Viral!

Pelbagai pihak turut memuji tindakan beliau dan menularkan gambar serta video berkenaan termasuk ketua jurulatih hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah

Trending Sat, 15 Sep 2018

黄色香蕉插在红酒瓶口!酒鬼人生不能没有的超可爱酒瓶塞

喝不完的红酒、白酒酒瓶,为了不让味道散失,只能把软木塞堵住瓶口,避免味道不够浓醇……

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Hiburan Sat, 1 Sep 2018

阿牛加入嘉宾阵容!山脚下演唱会「满满回忆杀」

山脚下男孩兄弟帮义气相挺同台演出,演唱会除之前宣布的了黄一飞、暌违多年再合体的年少外,连阿牛(陈庆祥)都点头答应参与演唱会,这个中秋节势必让大家带着满满的回忆杀啊!

Events Wed, 28 Nov 2018

Let’s Be Honest, This Year’s Christmas Party is Gonna Be Lit!

Details inside. There’s an after party too!

Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Didakwa Buat Hidung, Ini Respons Diana Danielle – “Saya Ada Insecurities Dengan Diri…”

‘Saya tak rasa saya perlu explain atau justify’ – Diana Danielle. Hmmm Dee dah cantik sangat pun insecure jugaa 😭

Hiburan Mon, 3 Apr 2023