Hiburan By: SGMS Faida April 18, 2019 @ 9:27am

Selebriti Terkenal Indonesia Puji Doktor Malaysia

Selebriti terkenal Indonesia Jessica Iskandar meluahkan raa kecewa terhadap layanan sebuah hospital di negaranya sendiri.

Apa yang menariknya, dia telah menghantar bapanya ke salah sebuah hospital di Pulau Pinang dan terkejut dengan layanan yang jauh lebih baik berbanding di tempat asal.

“Bersyukur kepada Tuhan papaku sudah balik dari rumah sakit di Penang petang ini. Boleh duduk boleh berdiri. Namun ada kejadian biadab dan jahat yang terjadi ketika hampir sebulan dirawat di rumah sakit di Jakarta.

“ Doktor di Penang geleng kepala mendengar apa yang dialami di hospital di Jakarta. Papa dibedah empat kali, selalu ditakutkan doktor untuk ambil tindakan. Namun empat pembedahan ini gagal mendapatkan alasan dari doktor,” tulis Jessica hampa.

Menurut Jessica, bapanya yang mengalami masalah ginjal juga dilaporkan menghidap kanser oleh para doktor ketika dirawat di hospital di Jakarta.

Alangkah terkejutnya apabila bapanya datang ke Pulau Pinang dan hanya dirawat selama dua hari sahaja.

“ Ini kerana doktor memberi penjelasan dengan jelas, cepat dan terperinci. Kos biaya juga jauh lebih murah,” tulisnya.

Rata-rata netizen juga terkejut membaca luahan Jessica dan menulis ‘Jika bapa bintang terkenal dan juga dilayan seperti itu, apa lagi individu biasa dan tidak berduit. Bagaimana pula layanannya?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 3 Mar 2019

李幸倪终于回马开唱!星途艰辛爸爸很自责

李幸倪终于回马开唱!出道10年星途艰辛,让爸爸很自责是否给女儿选错了路~

Hiburan Sun, 8 Dec 2019

Farah Nabila Terpaksa Lupakan Hasrat…

Debaran kian terasa bagi Farah dan Amirul!

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Bekas Suami Bakal Jual Rumah, Kris Dayanti Siap Sedia Untuk…

Anang dilaporkan mahu menjual kediaman mewah bernilai jutaan Ringgit namun alasan sebenar masih belum diketahui sehingga kini.

Events Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Tue, 6 Aug 2019
Featured Wed, 11 May 2022
error: Content is protected !!