Categories: HiburanTrending

Selebriti Wanita Berstatus Janda Sibuk Kacau Suami Orang… Muka Tak Tahu Malu Siap Titip Pesan Agar Isteri Berdamai Dengan Takdir

Muka tak tahu malu.

Itu perkataan sesuai boleh menggambarkan seorang selebriti wanita berstatus janda yang mengganggu rumah tangga orang.

XTRA mendengar khabar bertebaran mengenai seorang selebriti wanita cantik ini. Dikhabarkan, dia mula mengganggu perkahwinan terbabit ketika masih bergelar isteri orang lagi, sehinggalah diceraikan oleh suaminya.

Didakwa, mereka bercerai pun kerana selebriti ini kantoi mempunyai hubungan dengan suami orang berstatus ahli perniagaan.

Kini, bekas suami selebriti ini bahagia dengan kehidupan sendiri namun selebriti ini pula tak senang duduk.

Semuanya gara-gara bekas suami mahu membawa kes hak penjagaan anak-anak ke mahkamah! Dengarnya, selebriti ini panas kerana takut rahsia punca bercerai dijadikan bukti kes untuk dia kalah hak penjagaan anak-anak nanti.

Kantoilah imej ibu tunggal pura-pura suci murni tu diketahui orang ramai… Kalau dah pecah lubang nanti, macam mana nak dapat simpati netizen… Ye tak?

Tak berhenti di situ, selebriti yang masih galak mengganggu suami orang ini memang nekad nak menghancurkan rumah tangga skandalnya.

Rancangan jahat selebriti ini hampir berjaya kerana mereka kini di ambang perceraian. Selebriti ini siap berpesan kepada isteri skandal agar berdamai dengan takdir.

Gila agaknya… Dah kacau rumah tangga orang lain, siap titip pesan untuk orang lain berdamai dengan takdir.

Harapnya 2023 yang berbaki lagi dua bulan ini boleh mendatangkan keinsafan terhadap selebriti wanita ini. Sudah-sudahlah kacau suami orang!

XTRA