Categories: SelebritiTrending

“2 Kali Dah Masuk Ni, Aku Dengan Mama Reda” – Isyariana Kesal Nama Ibu Diguna & Terpaksa Bayar Hutang Orang Lain

Pelakon Isyariana Che Azmi meluahkan rasa kesal apabila nama ibunya digunakan dan terpaksa membayar hutang orang lain.

Perkara tersebut dikongsi sendiri olehnya menerusi Instagram Stories yang memperlihatkan ibunya terpaksa membayar hutang orang lain yang dijangka berjumlah ribuan ringgit.

“Kesalnya aku tengok situasi mak aku perlu bayar hutang orang yang guna nam dia. Allahuakbar semoga Allah limpahkan kebahagiaan dunia akhirat untuk mama sebab bersabar. Perit,” tulisnya.

Pada hantaran lain, Isyariana menjelaskan bahawa ibunya itu membayar hutang untuk orang terdekat dan enggan membuat laporan polis.

Malah, dia juga mendedahkan bahawa ibunya sudah dua kali berdepan dengan situasi sebegini.

“Bukan orang luar, nak buat report… aku dengan mama redha. 2 kali dah masuk ni. Kitorang biar susah takpe janji takde hutang biarlah hutang orang lain pun.

“Biarlah mangsa keadaan pun takpe takpe. Bila aku dengan mama happy jangan dengki sebab terlalu banyak beban kita pikul selama ni. You know nothing,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama Wan Senja ini menyatakan situasi yang dihadapinya ini membuatkannya dapat belajar erti bersabar seperti ibunya.

Atiqah Johari