Categories: SelebritiTrending

Adik Menangis Ketika Live Jual Produk Didakwa ‘Marketing’, Nadia Annuar ‘Back Up’ Harris Annuar – “Kalau Tak Nak Beli Tak Perlu Sindir, Kami Bukan Minta Sedekah”

Personaliti televisyen, Nadia Annuar mempertahankan adiknya, pelakon Harris Annuar yang menangis ketika menjual produk biskut Aura Bangkit apabila didakwa sekadar teknik pemasaran.

Menerusi hantarannya di InstaStory, Nadia menjelaskan mengenai status mereka yang merupakan anak kepada usahawan, Kak Ton didakwa sudah kaya.

Malah, dia juga menegaskan bahawa ibunya mendidik mereka untuk berusaha dan elak bersenang dengan harta ibu bapa.

“Yang cakap anak kakton dah kaya lah, drama nangis semata-mata nak marketing lah, sila ckp pakai otak…kalau kakton kaya raya takdelah kakton yg sakit sakit duk live tiktok everyday. Bukan semua benda korang boleh nilai dgn mata kasar je.

“Habis kalau pun kakton kaya, takkan anak-anak yang muda belia nak perah duit yang mak susah susah cari sampai habis?

“Kami adik beradik berusaha kerja keras untuk hidup masing & taknak jadi biawak hidup…itu yg mak kami ajar,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nadia juga memohon warganet untuk tidak menyindir jika tidak mahu membeli.

Dia juga meminta warganet untuk tidak membanding-bandingkan kesusahan orang lain.

“Kalau taknak tolong beli tak perlulah nak sindir, nak mengata sangat. Jangan kita banding-bandingkan kesusahan orang lain. Ye ramai lagi susah… betul tu. Tapi kami pun bukan mintak sedekah. Dia promote biskut mintak siapa nak beli, boleh beli. Itu je…,” tulisnya.

Sebelum ini, Harris membuat siaran langsung di akaun TikToknya sambil menjual produk biskut raya.

Namun begitu, apa yang menjadi isu ialah Harris dilihat menangis ketika sedang menjual dan didakwa seakan meraih simpati serta sekadar marketing.

Atiqah Johari