Categories: SelebritiTrending

Anggap Aslam Tak Mampu Berpoligami, Abby Abadi Luah Marissa Dania Berubah 360 Darjah – “Sampai Tahap Itu Dia Boleh Buat”

Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri menyoal pelakon Abby Abadi mengenai kontroversi yang melanda anaknya, Marissa Dania.

Menerusi temu bual tersebut, Aliff menyoal adakah Abby akan menerima Aslam jika dia datang berbaik dengannya.

“Aslam jumpa akak (Abby) secara berbaik, adakah akak accept ataupun…,” tanya Aliff.

Susulan itu, Abby menyatakan bahawa dia melihat Aslam sebagai seorang yang tidak berkemampuan untuk mengamalkan poligami.

“Aslam tu bukan orang yang boleh berpoligami lah. Saya tak nampak sebab dia tak berkemampuan,” jawabnya ringkas.

Dalam pada itu, Abby juga mendedahkan bahawa mereka sekeluarga tidak mengetahui bahawa Marissa berhubung dengan Aslam.

“Keluarga yang lain tak tahu menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki (Aslam) yang sekarang ni lah,” kongsinya.

Tambah Abby, dia sudah sehabis baik menjaga anaknya namun apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya.

Malah, dia juga merasakan bahawa anak perempuannya itu berubah dan bukan seperti ya g dikenali.

“Anak dengan saya Lillahitaala. Anak tu dari kecik dengan saya. Anak saya tak macam yang sekarang. Saya pun rasa macam ada satu yang membuatkan anak saya macam berpusing 360 darjah… macam bukan dia!

“Benda itu memang diluar jangkaan. Luar jangkaan saya, luar jangkaan bapa dia (Norman Hakim) sebab kita dah sehabis baik jaga anak tu. Cuma, saya tak tahu kenapa sampai ke tahap itu dia boleh buat,” luah Abby.

Atiqah Johari