Selebriti By: Khairil Khusyairi August 15, 2022 @ 2:52pm

Anjur Majlis Ilmu, Linda Rafar Syukur Ramai Rakan Artis Hadir

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar telah menganjurkan satu majlis ilmu dan ramah mesra bersama penceramah terkenal Ustaz Wadi Annuar, baru-baru ini.

Dalam perkongsian di laman Instagram, Linda memanjatkan rasa syukur kepada Allah atas penganjuran majlis ilmu itu.

Majlis yang diadakan di kediaman Linda itu turut dihadiri oleh barisan rakan-rakan artis.

Antara yang hadir ialah Datuk Nora Ariffin, Erra Fazira, Neelofa, Lisa Surihani, Tya Arifinn dan ramai lagi.

“Alhamdulillah.. syukur pada Allah SWT.”

“Majlis ilmu dan ramah mesra Ustaz Wadi Anuar bersama rakan-rakan selebriti yang linda sayangi” ujarnya.

Linda juga mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan artis yang hadir kerana dapat menghadiri majlis ilmu yang berkonsepkan taman syurga itu untuk mengenal agama dengan baik.

“Makin ramai artis yang ingin berhijrah ke jalan Allah SWT.”

“Semua yang hadir sangat teruja dengan kehadiran Al-fadhil Ustaz Wadi Annuar,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LR (@lindarafar)

Sumber: Lindarafar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Aug 2023
Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Best Ke Rampas Suami Orang?” – Ditanya Soalan Cepumas, Reaksi Fatin Afeefa Memang Win!

Uishhhh, ni apa kes ek? 🔥🤭 Tapi power betul jawapan Fatin Afeefa 🤣 Memang terpaling win!! 🤩

Featured Tue, 10 Jan 2023
Featured Thu, 16 Mar 2023
Featured Mon, 19 Sep 2022

[VIDEO] Individu Spontan Pegang Janggut UAI, Netizen Risau Terkena Sihir – “Takut Ada Niat Jahat.. Kuku, Rambut Bahaya”

Alamak, betul juga kan.. Risau pula min! Moga Ustaz Azhar Idrus dilindungi sentiasa 🥺