Categories: SelebritiTrending

Bekas Isteri Dedah Kisah Sebenar! Dakwa ND Lala Nikah BFF Anak pada 2019 & ‘Penyondol’ Hilangkan Diri Dari Keluarga Sejak 2016?

Bekas isteri kepada penyanyi ND Lala iaitu Fauziah Sarman tampil mendedahkan tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi sebelum ini.

Menerusi sebuah coretan panjang di Instagramnya, Fauziah mendedahkan bahawa ND Lala telah berkahwin dengan rakan baik anak sulungnya, Shila Amzah sejak 2019 lagi namun dia masih dalam penafian dan tidak percaya dengan khabar tersebut pada awalnya.

“Tidak mudah bagi saya bila dapat tahu seorang perempuan seusia anak sulung saya – malah lebih tepat menjadi BFF anak saya dari tingkatan satu hingga lima di sekolah yang sama dikatakan sudah berkahwin sampai ke pengetahuan saya.

“Saya pernah berada di fasa penafian kerana perempuan ini sudah saya anggap seperti anak sendiri – makan minum dan tidur di rumah keluarga kami. Apa sahaja acara kecil atau besar yang kami adakan dimana-mana dia pasti ada,” jelasnya.

Kongsi Fauziah, berita pernikahan suaminya itu disampaikan oleh Shila apabila ada yang menceritakan kepada anaknya itu namun isteri baharu ND Lala menafikannya apabila ditanya tentang kesahihan berita itu.

“Saya masih ingat pada 2019, anak sulung saya (Shila) memberitahu ada orang menyampaikan kepada dia yang Abahnya sudah bernikah dengan perempuan ini tapi saya sendiri di dalam hati masih menafikannya.

“Beberapa hari selepas dapat tahu saya bertemu sendiri perempuan ini yang bekerja dengan abah anak-anak saya dan bertanya sendiri. Jawapannya dia tidak akan melakukan kerana dia menganggap kami suami isteri sebagai ‘orang tuanya’,” kongsi Fauziah.

Lebih parah, Fauziah mendedahkan bahawa perempuan itu turut mendakwa anaknya mencuri kereta milik perempuan itu sehingga mendapat panggilan daripada pihak polis.

“Tiba-tiba anak saya dapat panggilan dari polis pada bulan 2 ketika itu mengatakan perempuan itu buat report polis kata anak saya curi kereta. Perempuan ini mengarahkan Abah anak-anak saya supaya anak saya sendiri kena pulangkan kereta itu kepada perempuan ini sendiri.

“Abah anak-anak saya hanya ikut arahan perempuan ini. Yang paling menyedihkan ketika menyerahkan kembali kereta ini anak saya ‘Dipaksa’ mengaku kesilapan dan kena minta maaf secara bertulis dan perlu menandatangani surat di depan bapa kandungnya sendiri!

“Abah anak saya turut menyuruh anak saya ikut apa saja perempuan ini suruh dan sambil Abah anak-anak saya disuruh record guna hp perempuan ini dengan arahan perempuan ini tanpa rasa bersalah,” dedahnya.

Susulan itu, Fauziah menyatakan bahawa coretannya ini dijadikan pengajaran untuk wanita diluar sana supaya lebih berhati-hati dengan orang luar.

“Coretan ini saya kongsikan supaya wanita-wanita diluar sana agar lebih waspada dengan sesiapa yang mungkin kita anggap sebagai kakak, adik, anak atau sahabat. Janganlah memberi ruang yang terlalu luas hingga mat akita menjadi kabur melihat drama yang diciptakan manusia seperti ini.

“Menjadi baik dan bersangka positif itu jelaslah perlu dalam limit yang sangat kita jaga kerana tak semua manusia akan memikirkan lumat jiwa manusia lain, malah mereka tidak akan kisah mengisar halus emosi kita untuk meraih kemenangan dalam drama sebabak ini,” tulisnya lagi.

Atiqah Johari