Categories: SelebritiTrending

Beri ‘Hint’ Tawar Hati, Individu Dakwa Rumah Tangga Diana Danielle Terkena Sumpahan ‘TALAK’?

Umum mengetahui mengenai konflik rumah tangga yang dialami pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil.

Baru-baru ini, Diana memuat naik sebuah video di TikTok yang mana ramai warganet menyifatkan hantarannya itu sebagai bayangan bahawa hatinya telah tertutup untuk bercinta.

“Catchin’ feels and then u remember how heartbreak feels like. Signing out,” tulisnya sebagai kapsyen.

Malah, ramai pengikutnya senang hati melihat Diana kini dalam keadaan gembira dan mengukir senyuman manis pada video tersebut.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah apabila seorang individu yang menyatakan dirinya sebagai seorang penulis skrip telemovie ‘TALAK’ itu menganggap keretakan rumah tangga Diana seperti terkena sumpahan.

“Hi dd, akak writer telemovie ‘TALAK’. I have a feeling cerita tu is like cursed?

“Akak also divorced, director Kas also, followed by Fizo and u,” ujarnya di ruangan komen.

Untuk makluman, telemovie ‘TALAK’ pernah disiarkan pada tahun 2015. Teraju utama telemovie tersebut ialah Diana Danielle, Fizo Omar, Hafreez Adam, Reen Rahim, Fadzil Zahari di bawah arahan Kas Roshan.

Atiqah Johari