Categories: SelebritiTrending

Betul-Betul Macam Mat Salleh! Pelakon Lelaki & Isteri Didakwa Miliki Kekasih Gelap Masing-Masing?

Baru-baru ini, muncul pula kontroversi mengenai seorang pelakon lelaki yang didakwa telah banyak kali kantoi mempunyai skandal walaupun sudah berumah tangga.

Malah, memetik laporan Utusan Malaysia, pelakon lelaki itu didakwa akan memasang skandal jika lama tinggalkan isteri.

Bukan itu sahaja, isteri aktor tersebut turut didakwa memasang skandal dan berhubungan semula dengan bekas teman lelaki yang mana berkemungkinan berang dengan perangai suaminya.

Namun apa yang menghairankan adalah mereka masih meneruskan hubungan suami isteri walaupun masing-masing tergamak melakukan benda haram dengan mempunyai kekasih gelap. Kehidupan mengalahkan Mat Salleh.

Sumber: Utusan Malaysia

Atiqah Johari