Categories: Selebriti

Cantik Betul! Penampilan Nelydia, Uqasha, Raysha, Nadiyah & Aprena Pakai Baju Tradisional Thailand Raih Pujian

Pelakon jelita Nelydia Senrose, Uqasha Senrose, Raysha Rizrose, Nadiyah Shahab dan Aprena Manrose tampil memukau orang ramai dengan kecantikan mereka ketika memakai baju tradisional Thailand.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nadiyah telah memuat naik video mereka berlima mengenakan Chut Thai sebelum pulang ke tanah air.

“Gonna miss BKK (Bangkok),” tulisnya.

@nadiyahshahabGonna miss BKK 🥹

♬ original sound – B. 🦋 – Anisa Del Rey 🦋

Terpegun melihat kecantikan mereka berlima memakai seragam tersebut, perkongsian itu telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminat di ruangan komen.

Bahkan, mereka turut memuji kejelitaan mereka berlima yang setanding dengan wanita yang berasal dari negara itu.

Fatin Nurain