Categories: SelebritiTrending

Cermin Kereta Dipecah, Nadia Annuar Dirompak Dua Individu Menaiki Motorsikal – “Saya Sangat Terkejut… Tak Sempat Buat Apa”

Bekas personaliti TV, Nadia Annuar memaklumkan bahawa dirinya dirompak oleh dua orang individu yang menaiki motorsikal pada malam Ahad.

Kongsi Nadia di Instagramnya, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8.15 malam ketika berhenti di lampu isyarat Jalan Imbi.

Katanya, dua individu itu menghentak cermin tingkap bahagian penumpang kereta lalu mengambil beg tangannya.

Terkejut dengan situasi tersebut, Nadia tidak sempat berbuat apa-apa sebaliknya menekan hon berkali-kali sekuat mungkin.

Dengan segera, dia juga bertindak untuk menghubungi semua bank bagi menyekat segala transaksi kadnya sebelum bergerak ke balai polis untuk membuat laporan.

Namun begitu, Nadia memberitahu bahawa dia mengalami luka kecil akibat terkena serpihan cermin kaca.

Dia juga mengakui menggeletar seluruh badan dan insiden ini membuatkannya menjadi trauma.

Dalam pada itu, Nadia turut berpesan kepada orang ramai untuk tidak meletakkan beg tangan di kerusi penumpang ketika dalam kereta.

Artikel Berkaitan: “Tak Semua Perkahwinan Berakhir Sebab Salah Satu Pihak Jahat!” – Nadia Annuar Kesal Dituduh Diri Bermasalah Punca Bercerai Kali Ke-2

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ya, Saya Single! Tapi Tak Available” – Nadia Annuar Sah Bercerai Kali Kedua

Artikel Berkaitan: Selepas Bercerai, Netizen Komen Nadia Annuar Makin Kurus Pula! Ini Jawapan Tuan Badan – “Terlebih Bahagia..”

Atiqah Johari