Categories: SelebritiTrending

Cinta Kembali Bertaut, Zarina Anjoulie Dedah Individu Cuba Kikis Duit Kekasih… Siap Bagi ‘Warning’!

Umum mengetahui bahawa pelakon Zarina Anjoulie telah memutuskan tali pertunangannya dengan Datuk Seri Khazrul Elzey sebelum ini.

Namun, baru-baru ini hubungan mereka kembali terjalin apabila masing-masing memuat naik video mesra keluar bersama.

Terbaru, Zarina atau mesra disapa Anju, mendedahkan ada individu wanita yang dikenali sebagai Zety Mazlan cuba untuk mengikis duit dan menggatal dengan kekasihnya itu.

“Let the drama begin 🤣🤣🤣🤣 pada perempuan lain yang acah-acah taknak laki kaya korang dah boleh dah kot stop nak minta duit kat bf saya ye.

“ZETY MAZLAN salah seorang. So sebelum aku screenshot and post satu-satu minah yang berangan nak jadi datin ni, baik korang sedar diri and stop la nak menggatal dengan dia.

“Duit dia untuk aku sorang je k bye,” tulisnya.

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kebahagiaan Anju dan gembira melihat hubungannya dengan bekas tunang kembali terjalin.

Malah, ada segelintir yang berseloroh dengan menyamakan hubungan cinta Anju ini seperti drama di televisyen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarina Anjoulie Berjumpa Bekas Kekasih, Timbul Tanda Tanya Netizen: “Dah Getback Ke?”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Memang Cari Lelaki Poket Tebal…” – Serik Bela Biawak Hidup, Zarina Anjoulie Jawab Dakwaan Dah ‘Get Back’ Dengan Bekas Tunang

Atiqah Johari